Tuesday, 24 November 2015

Selamat Hari Lahir Ayahku Abdullah Ismail



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Abdullah bin Ismail
251164-251115


A Y A H


Alhamdulillah... 
Allah masih panjangkan usia Ayah, 
Moga terus istiqomah update agama, 
Demi jannah idaman semua.

Wajahmu kini dimamah usia,
Kudratmu terhad sejajar masa,
Ingatanmu pudar seiring dunya,
Namun Ayah maintain raja dijiwa kami semua.

Gelap berkabus Ayah keluar mencari rezeki,
Biarpun tugas guru kini melebihi waktu diberi,
Dilaksanakan ikhlas sepenuh hati demi membesarkan kami,
Hanya malam waktu berkualiti untuk anak bini.

26 tahun akak dibelai manja,
D'didik berteraskan syariat agama,
Agar hidup lebih sempurna,
Untuk hadapi mehnah dunya.

Jatuh bangun Ayah setia disisi,
Tidak pernah berganjak walau seinci,
Memastikan akak tidak leka walau sekali,
Kerana dunya ini pinjaman Ilahi.

Terima kasih ayah...
Jaga akak dari kecil hingga tua.
Didik akak apa itu hikmah dunia
Tegur akak untuk terus melawan masa.
Peluk akak ketika goyah menerpa.
Suap akak ilmu agama.
Bawa akak ke tempat yang diminta.
Pastikan akak sentiasa bahagia.
Agar tegar dalam skrip dunia.
Untuk mati dengan iman di dada.

Terima kasih ayah Abdullah Ismail...
Terima kasih atas semuanya~
Akak doakan Allah memelukmu sentiasa.
Teruslah menjadi raja di dunia.
Untuk menjadi penghuni syurga.
Moga kita sekeluarga berbahagia di sana.
Selamanya...

Your first baby,
Afiqah Abdullah . Heee







Tahun ini sambut birthday secara berjemaah dengan abah sayang n abang man :)
Hee




"Gold for golden years" - by Abang Man & Abah 
Syukran abah & abangman sudi datang jauh dari utara.


..........................................................................................................................




Ingat tak ayah ketika:


* ayah balik rumah lihat rumput siap di mesin, tapi ayah gelak! akak jugak. haha
- memang dia x biasa mesin rumput, tapi dia buat jugak walaupun "berat mata memandang, berat lagi beban dia pikul" . Begitu lah situasi abangmie time akak pantau dari jauh sebab risau =.= heee. tapi bila lihat rumput tu, akak gelak sampai dia merajuk. tapi pujuk nescafe dengan daging kunyit, dia okey balik. ghee :D


tiba-tiba kita dengar bunyi orang jalan atas bumbung
- tup-tup abangmie dah panjat bumbung lepas ummi mengadu rumah bocor semalam sebab hujan lepas. ghurr =.='. pantang membuat aduan, laju je dia nak selesaikan masalah. sebab tu akak kena selalu alert mana dia hilang.


*  pergi je dapur ummi comform berkilat!
- lepas abangmie kejut akak solat tahajjud, dia akan cuci exzoz dapur ummi diam-diam. Alasannya? nanti mudah ummi nak masak sarapan pagi sedap untuk dia. kihkih.


* gigih belajar menjala supaya boleh spent time together dengan ayah
-  disebabkan ayah x minat memancing, jadi dia gigih belajar tebaq jala. N alhamdulillah dalam masa sehari dah teror walau malamnya jenuh diurut pinggang, haa. Malah 'gian' menjala la pulak lepas tu. Huuu..


* kemaskan rumah apabila ayahummi pergi kerja
- abangmie suka buat perkara simple tapi bermakna. katanya dia xde harta, tapi selagi ada kudrat dia nak mudahkan ayahummi kerana lahirkan akak untuk dia. yup! tu ayat abangmie :(


banyak lagi ayah..
tapi tak mampu nak taip -,-'
huu




Dan dihujung hayatnya,
Seperti dia suka mengadu itu ini tentang akak pada keluarga apabila berjumpa.
Dia hanya minta makanan apabila ummiayah tiba.
Malah mahukan ayahummi di sisinya di hujung masa.




Ayah...
Tiada kata dapat digambarkan betapa bangga memiliki ayah sehebat ini,
Sabar melayan kerenah kami biarpun masa ayah sendiri tak terisi,
Hujung minggu pasti singgah walaupun kudrat ayah dimamah usia,
Moga Allah rahmatimu sentiasa atas segala ini.
Kerana akak sayang ayah sepenuh hati.
Serius =)





This is my man!
No words, Just deeds that make me always jelly love with him.
Always.  he he he

Al-Fatihah Syazni Rahim  
Happy Birthday Abdullah Ismail   



SNABA: Jom amalkan surah di bawah ini sebanyak 10x sehari. InsyaAllah Allah akan melapangkan dadanya dan memperluaskan rezekinya tanpa disangka-sangka. Amin Ya Rabbi..




















Saturday, 21 November 2015

Segulung Kertas Bernama IJAZAH


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Bagi insan seperti dia,
Selepas matrik menapak ke ijazah amat mudah,
Title pelajar di galas tanpa tanggungjawab semasa,
Hanya fokus perkara ilmiah,
Hidup bergantung umi ayah sepenuhnya,
Hari-hari ditempuhi bersama kawan penuh meriah,
Kerana usianya yang masih muda.


Itu bagi pelajar sepenuh masa dan masih dara.
Simple tapi masih mampu membuatkan otak gila,
Ketika wabak assigment meraja dan peperiksaan menjelma.


NAMUN

Semalam merupakan detik yang amat meruntun jiwa.
Melihat wajah-wajah sebaya ummi ayah keluar dewan tersenyum bangga.
Sambil menggenggam ijazah diperolehinya.
Mencari kelibat anak-anak membuktikan hasilnya tidak sia-sia.
Suami/isteri pendamping setia hingga berjaya.
Dengan harapan anak-anak akan ikut jejaknya jua.


Sungguh hati kecilnya dicuit rasa cemburu,
Matlamat mereka gapai biarpun halangan beribu,
Membuktikan usia bukan halangan impian diserbu,
Menjadikan dia semangat sambung ilmu.
Moga Allah restu,
Amin ya rabbi :)



..................................................................................................................................


20.11.2015
Jumaat : 3.00 pm


SITI SURYANI BINTI HAJI MOHD SALLEH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA




Mama ani..

Ya itu nama panggilan yang dia panggil.
Alfu mabruk dilafaz sepenuh hati.
Kejayaan mu amat menginsafi diri ini.
Menjadi pembakar semangat untuk mendalami.
Biarpun diuji Ilahi dikau masih bangunkan diri.
Demi suami dan anak-anak di sisi.
Dikau kuat umpama besi.
Hingga penamat dikau tempuhi.
Biarpun dicaci manusia tanpa budi.
Dikau lawan berpaksikan Ilahi.
Berbahagilah dengan apa yang dikecapi.
Kerana dikau layak merasai.
Amat layak sekali.


 "Astaudi'ukumulah"
Semoga berada dalam jagaan Allah selalu



..................................................................................................................................


Mereka berdua insan istimewa di hati ini.
Banyak korban masa dan tenaga tanpa berkira.
Matrik hingga UUM dilayan umpama anak sendiri.
Rumah mereka destinasi wajib setiap  masa.
Terbuka 24 jam tanpa perlu check in diisi.
Tiada istilah 'tidak' jika permintaan diminta.
Juadah kegemaran pasti dimasak jika berhenti.
Buat diri ini rasa mewah dengan kasih sentiasa.


Hingga dia kahwin, insan ini paling banyak berbakti.
Dalam usaha memastikan si suami pulih seperti mama ani.
Siang malam di usung ke sana sini untuk di ubati.
Hingga si suami pernah mengadu malu malah bangga dihadiri insan seperti ini di muka bumi.
Terima kasih dia ucap dari hati.
Kalian berdua memang insan istemewa hadiah dari Ilahi.
Cetuskan sifat mensyukuri dalam diri kami ini.
Bergembira dengan ujian yang Allah beri.
Dalam mencari Jannah yang hakiki.
Seperti ayah nik dan mama ani.
smile emoticon


Ayah Nik & Mama Ani...

Hari pertama abang mie disahkan sakit kanser, ayah nik & mama ani insan pertama yang menawarkan diri untuk membawa abang mie pergi berubat di sana sini.
Malam tersebut terus ayah nik bawa abang mie berjumpa pak mit membuktikan kesungguhan diri membantu kami yang hilang arah diri.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami ketika ini.
Bukan itu sahaja, ayah nik turun bawa abang mie berubat hingga ke perlis.
Jika tuan badan tiada daya ke tempat yang dimaksudkan, ubat pasti tiba di rumah.
Allah...
Beruntungnya kami dikelilingi insan-insan mulia ini.
Alhamdulillah~


Ketika bulan puasa, 
Pasti juadah akan dihantar di rumah.
Semestinya juadah yang bisa dijamah oleh abang mie tanpa fikir banyak kali.
Sedap semestinya kerana dimasak dengan keikhlasan yang tinggi dimulai bismillah sekali.
Malam pasti hadirkan diri melawat abang mie yang kian terbatas pergerakan diri.
Selalu memberi kata-kata motivasi sebagai penguat diri.
Mengingati agar terus istiqamah bangun awal pagi.
Membaca surah-surah yang telah dititipkan buat kami abdikan diri.
Mengajar agar terus hargai kasih masing-masing hingga mati.
Dan cintai Ilahi sepenuh hati selagi hayat di bodi.


Mama Ani...
Ketika yong call maklumkan badan abang mie panas umpama api.
Hingga yong jadi buntu tak tahu tindakan yang harus dipraktik.
Terus ayah nik datang beserta bedak sejuk dan air jampi khas dari mama ani.
Walaupun keadaan hujan, ayah nik tetap datang memberi.
Terus dilumur seluruh badan dengan niat agar baik dari penyakit.
Dengan kuasa Ilahi, ia memang menjadi!
Allahu...
Abang mie menangis mengatakan betapa ayah nik dan mama ani amat baik sekali.
Peka dengan dia hinggalah hembusan nya yang terakhir.


Malam raya ketika abang mie datang ke rumah mama ani.
Mama ani mengatakan:
"Rasa sakit yang kita rasai sekarang ni mie tanda Allah sayang. Tanda Allah cinta. Tanda Allah tidak pernah lupa cinta dia pada kita. Jadi biarpun hanya yang sakit tahu bagaimana rasa yang kita lalui, hadapilah dengan redha. Pasti ganjarannya tidak terperi di alam abadi nanti."
Dan kata-kata ini acapkali abang mie ulang apabila dia sakit.
Tidak pernah sekalipun dia ungkapkan ,"kenapa aku diuji begini?"
Sebaliknya hanya ucapan positif dari mama ani ini yang tersemat kemas di kotak memori abang mie hingga saat akhir.


Allah sayang aku
Aku redha Ya Allah
Terima kasih atas anugerah ini Ya Allah
Matikan aku dalam cinta padaMu Ya Allah
Hidupkan aku dalam cahayaMu Ya Allah
Ampuni dosaku Ya Allah
Terimalah taubat hambamu yang hina Ya Allah
Tambahkan iman isteriku agar setia denganku Ya Allah
Peliharalah keluargaku Ya Allah
Ini antara ucapan yang sering abang mie unggapkan dalam doa selepas solat.


Dan yong sebagai pendamping hanya bisa ucapkan kata-kata positif agar abang mie tidak tercicir dari landasan hingga saat terakhir.
Saling melengkapi agar tiada ralat tercipta disanubari nanti.
Agar kepuasan yang dibina diraih bahagia.
Hingga bertemu kembali bersama selamanya.


Terima kasih mama ani & ayah nik.
Atas kesetiaan yang abadi buat kami berdua ini.
Di hujung hayatnya hanya disebut :

Mamani & ayahnik datang tak petang ini?
Ummi pergi rumah mama ani tak nanti?
Mamani ada tak hari ini?
Sayang suruh mamani buatkan ini?
Sayang call mamani nak buat macam mana sakit abang ni?

Hanya mama ani di bibir nya hingga saat akhir.
Mamani insan yang paling dia percaya.
Ajaran mamani pasti dia turuti.
Kerana mahu pulih seperti mamani.
Umpama idola buat dia.


Jika abang mie ada sekarang,
Yong pasti dia orang pertama yang paling gembira,
Mungkin dia tidak pandai zahirkan melalui kata-kata,
Tapi tindakannya pasti mamani boleh baca,
Kerana suami yong tidak pandai luah segala.
Heee...


Untuk pengetahuan kalian semua,
Mama ani yong juga pesakit kanser.
Kanser Lidah.
Tapi kini Alhamdulillah telah Allah tarik sakitnya.
Cuma masih terus berjaga agar baik-baik sahaja.
Doakan agar mama ani yong terus dalam redhaNya.
Ya?




SNABA: Sungguh dia sebak. Era graduasi dahulu, dia hanya dikelilingi rakan sebaya sahaja. Tidak melihat sinetron seperti semalam. Ayah disambut bangga oleh di anak. Ibu dipeluk manja oleh si anak dan suami tercinta. Syahdu bukan? Lebih manis bagi dia. hee.













Tuesday, 17 November 2015

B E N C I


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Sambil hirup millo pekat,
Otak dia ligat fikirkan berita yang disampaikan si sahabat,
Menangis meluahkan hati yang disiat,
Benarlah senjata tajam adalah mulut,
Boleh ubah sifat manusia jadi meluat,
Jika tidak terus di ubat.


Marilah selalu saling ber-husnudzan dan nyahkan sikap saling ber-suudzan. Semoga! 
Amin ya rabbi


............................................................................................................................



Andai kita rasa ada yang menyakiti,
Jangan pernah sedikit pun rasa sedih hati.


Kerana,
Andai ada yang membenci,
Pasti ada juga yang menyayangi.


Tiada kuman kebencian manusia terhadap diri kita sedangkan ALLAH setia di sisi kita.
Percayalah.
DIA sentiasa menyayangi kita dan sentiasa mendengar rintihan doa yang kita sisipkan.


Anggaplah orang benci itu 'ujian'.
Mungkin itu yang terbaik.
Dan mungkin disebalik kebencian itu terkandung seribu hikmah.
Siapa sangka percaturan Allah bukan?
Yang penting terus kuat kerana Allah dekat :)


Sabar duhai hati~


Ingatlah,
Allah ada.
Allah sentiasa ada.
Umpama CCTV buat kita.


Paling penting,
If people hate you, love them back!


Moga rasa benci mereka terhadap kita pelan-pelan pudar.
Jika bukan hari ini, mungkin esok mahupun seterusnya.
Wallahu'alam...
Kun fa ya kun...



Hasbunallah wani'mal wakeel
Cukuplah Allah sebagai pelindung



SNABA: Masuk office lambat hari ini gara-gara dating atas jambatan hampir 1jam disebabkan kemalangan. Moga kita semua dalam naungan rahmatNya. InsyaAllah, Amin~




Monday, 16 November 2015

Masam Manis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم








Oren.
Buah kegemaran dia dan habib selepas kurma dan kismis.
Tambah pula garam untuk seimbangkan rasa.
Jika rajin sikit buat air dari oren.
Memang licin sekali kelipan mata.
Eh? heee...


Ingat tak kita ada gula-gula masam manis (sweet sour) ?

Permulaan rasanya masam amat,
Namun terus dikulum di mulut,
Kelamaan masam kian hilang di makan,
Berganti dengan manis yang menenangkan.


Seperti kita,
Permulaan yang menyakitkan tidak akan pernah berakhir dengan kesakitan.
InsyaAllah.
Umpama pelangi selepas hujan (^^,)


Kehendak manusia mencari jalan pintas terlalu mendesak,
Hingga sukar merelakan kesusahan yang terjah dahulu,
Sepatutnya dahulukan mana yang mustahak,
Agar hidup lebih mengenali Tuhan yang satu.


Ketahuilah,
Sampai masa kehidupan yang manis itu pasti tiba.
Walaupun bukan di dunia, di akhirat sana pasti ada,
Itulah tempat yang paling adil pengadilnya.


Saat itu,
Pahit yang di rasai di dunia,
Diganti dengan manis yang tidak akan pernah habis!


Tatkala itu,
Bergembiralah bagi mereka yang memilih bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian berbekalkan iman yang meraja.


B a r a k A l l a h
Allahumma Ya Mujib Ya Wadud Ya Ghaffar


Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhaiNya.
Amin ya rabb~





SNABA: "Sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu (sambil mengucapkan): 'Keselamatan atas kamu berkat kesabaran kamu. Maka amat baik balasan amal kamu di dunia dahulu' " 
Surah al-Ra'd 13: 23-24






Peta Kehidupan


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم







Peta?
Kehidupan?
Perlu ke~


Jika travel peta wajib ada,
Paling mudah google map saja,
Kalau tak hidup sendiri yang susah,
Dah la buang masa, planning duit pun berubah.


Tapi tu perspektif dunia.
Akhirat?
Lagi la rugi hidup tanpa arah,
Menyesal kemudian apa guna,
Rugi sahaja masa yang bersisa =,='


Namun jangan risau,
Allah kan Maha Pemaaf Lagi Maha Pemurah,
Namun jangan di ambil mudah atas kebaikan yang di sua,
Tapi kejarlah nikmatnya sebagai saham amanah.


Hidup ~
Perlu dilihat dari sudut ketetapan Penciptanya,
Baru ujian yang ditempuhi itu manis dan rangup,
Lantas kejayaan dan kebahagian hakiki di dada.


"What you get is what you see"
Apa yang kita dapat bergantung kepada apa yang dilihat.


Manusia ~
Selalu leka dan alpa,
Sedangkan dunia ini hanyalah sementara,
Dan peta jitu adalah percaturan yang Esa.


Celik hati?
Ya!
Dia cuba melihat dunia melalui peta dengan kesedaran,
Fahami skrip kehidupan aturan Tuhan,
Agar terus tegar jalankan watak diberikan,
Semoga hidup ini terus dikurniakan kemantapan iman.



Untuk hidup tenang, selamat dan bahagia,
Dia mengikut skrip Pencipta,
Sebagai hamba sebenar di dunia sementara,
Bagi menggapai Jannah di sana,
Agar bersama habib selamanya,
Tanpa perpisahan tercipta.


InsyaAllah~
Amin ya rabbi...




SNABA: Kawan-kawan, ustaz cakap dulu, ucaplah "Aku Mahu Masuk Syurga Ya Allah..." 3x setiap kali selepas solat, insyaAllah ada manfaatnya. Kun Fa Ya Kun yang penting okey. Sapa tak mahu syurga kan :) hee













Friday, 13 November 2015

Makin Lama Makin Rindu


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Menanti mentari muncul lagi.
Malam yang sepi daku terus hayati.
Sambil mulut mungil mengira bintang yang menyinari.
Persis kita bersama lalui malam-malam hari.
Jari bersatu erat sambil menjamah langit bercerita hari yang dilalui.
Indahnya saat dikenang dilubuk hati.
Sungguh indah caturan Ilahi.
Kini daku teruskan agenda ini biarpun sendiri.



Dan semanis itu jua daku selak memori.
Dibuka peti kenangan sehidup semati ini.
Lantas buatku tersenyum sendiri.
Puas rasa di lubuk hati.
Biarpun hanya sedetik di sisi.
Tapi kenangan menjadi hak syazni paling buat daku syukuri.
Manakan ku cari suami sebaik ini.
Pinjaman 'paling mahal' dari Ilahi.
Syukran jazilan ya rabbi.

  

Rasa bahagia.
Rasa rindu.
Rasa cinta mula merajai diri ini.
Kerana di dalam peti itu ada memori.
Bersama mu teman paling sejati.
Yang kini jauh di mata namun dekat di dasar hati.
Sangat dekat~




Lalu
Saat daku rindu padamu.
Akan daku bisikkan pada Ilahi.
Dibuka buku warna warni hadiah pernikahan lalu.
Agar rindu ini diterimamu sejajar rasa ini.



Bait-bait bahagia itu akan setia dalam ingatan.
Walaupun sakit, perit dan pahit.
Manis nya yang paling kekal di sutma jalan.
Pasti Allah simpan kebahagian kita di akhirat.



Dan 
Kunci segala kebahagian dan kegembiraan yang hakiki adalah
Solat
Doa
Abang yang pesan bukan?
heee


Du'a can go where I can't go.
Through du'a, I can be with you without being there.
I may be far from you, but my du'a is always with you.
Moga cinta ini terus mekar sampai syurga.
Amin ya rabbi.
Trust HIM
Al-Fatihah kekasih hati (^^,) 





Surat cinta: May our "friendship" will stay last forever.

Salam alaik



SNABA: I love to talk about happiness eventho sadness control my feeling so hard. Sometimes :) 

Thursday, 5 November 2015

Redha


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Mula-mula dia ibarat manusia tertelan garam sulfat!
Namun dihadam dengan meneguk millo pekat,
Biarkan darah dipenuhi aliran tenaga kuat,
Untuk berbakti kepada suami hebat.



Tapi Sungguh Allah Maha Hebat!


Umpama buih di gigi laut,
Izinkan kami bertaubat sebelum terlambat,
Kasih membara biarpun masa semakin meluat,
Kerana percaya pelangi bakal dapat,
Selagi pegangan padaNya kuat
.

Al-Fatihah Syazni ku sayang smile emoticon

Salam Jumaat.


BarakAllah..

SNABA: Hari ni bos belanja maruku. hee. TQ bosh!. Rubinivello dgn Abimanan dah start cuti. Sunyi la office :"( 

S P M - All the best Muhammad Darwisy Abdullah!



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





To my clumsy boy,
N hansem... (puji balik sbb tadi ngate =p)
heee

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu. Juga, kurniakanlah kepadanya kesihatan yang baik wahai Tuhan yang amat Pengasih. Amin Ya Rabbi ... "

Buat yang terbaik,
Usaha sehabis baik,
Tawakal dengan cara baik,
InsyaAllah pengakhiran yang baik-baik.

Kakyong sayang awisy!
Same goes to arwah abang.
You know that rights..


Love You,
Muhammad Darwisy Abdullah.
25092015

SNABA: Harine hampir excident atas jambatan, semua pakat break mengejut. Alhamdulillah segalanya selamat. Terima Kasih Ya Allah.  (jika abang ada, pasti abang paling gabra. tanya "okey ke", "boleh drive tak balik kerja nanti", "n selalunya, "abang ada depan office sayang ni, abang balik kerja awal tadi". Thats why I Love You abang...  Al-Fatihah~