Jujurnya, masih terasa kehilangan ini.
Terasa lompong di sana sini.
Selalunya pasti ditemani.
Dilayan persis puteri.
Namun Alhamdulillah dikurniakan insan sejati disisi.
Buat daku kuat demi semua sekali.
Kini setelah sendiri.
Aku harus pandai membawa diri.
Mengelak fitnah dunia akhir zaman ini.
Tiada lagi nasihat manis dari si cinta hati.
Panduan dari ibubapa & keluarga yang paling daku nanti.
Pada mereka daku curahkan cinta kini.
PENGGANTI ?
Terima kasih pada yang perihatin.
Terima kasih pada yang mendoakan.
Terima kasih pada yang mengambil berat.
Namun
Mohon fahami dan selami jiwa ini.
Bukan pinta kasihani apatah lagi dihormati.
Namun bayangkan jika kalian di tempat ku ini.
Masa ini bukan detik yang perlu diisi.
Tidak sesuai sekali.
Biar Allah yang tetapkan rencana hidupku nanti.
^_^
Bangun pagi dikejutkan hari-hari.
Siap dihadiahkan millo panas sebagai penganti.
Solat dan tingkahlaku sentiasa diawasi kerana itu bayangan dia selaku suami.
Pakaian dibasuh dan disidai oleh dia setiap kali.
Rambutku akan didandan kemas olehnya setiap pagi.
Kereta akan dihidupkan untukku pagi-pagi sebelum ke konti.
Ciuman di dahi dan pelukan wajib diterima sebelum masing-masing mencari rezeki.
Duit perbelanjaan di dompet akan dia isi.
Minyak kereta dia isi sepanjang perkahwinan kami.
Panggilan akan diterima dari dia setiap 4jam sekali.
Jika tidak dijawab, mesej bertalu-talu akan dia bagi. he he he
Penampilanku akan dia tapis sebelum keluar dari rumah kecil kami.
Pakaianku akan dia sediakan baru tiga bulan sekali.
Tinggi suara mahupun dikasari jauh sekali.
Apa diidami akan dia penuhi mengikut kemampuan diri.
Jika hujan, dia akan hantar ke konti.
Jika demam, dia pasti cuti sekali untuk temani.
Ketika pantang, dialah chef dan nurse untuk diriku ini.
Masakannya paling daku rindui.
Biarpun marah, tidak pernah dia abaikan diriku ini.
Maaf sentiasa diucap sebelum masing-masing separa mati.
Hanya dia bisa membaca kehendak jiwa ku ini.
Tanpa bicara, dia akan setia menghulur bahu untuk dikongsi.
Romantik dia hanya aku yang boleh rasai.
Nampak kasar dikhalayak namun umpama gula bila 'isnani'.
Ketika dia cuti pasti daku akan dilayan kalah puteri.
Sebelum tidur pasti akan baca doa sekali.
Selimut akan dibentang buatku sentiasa.
Sebelum tidur berbantalkan lengan suami dicintai.
Hingga daku lupa apa itu BERDIKARI
Hingga daku tidak mengerti apa itu SUSAH
Hingga daku selesa dengan perjalanan DUNIA
Hingga daku tidak berpijak di bumi NYATA
Hingga daku lemas dengan KASIH SAYANG
Hingga daku sentiasa SELESA
Kini daku belajar BERDIKARI uruskan sendiri.
Kini daku tahu apa itu susah urus WANG.
Kini daku tahu ALLAH sayang sentiasa.
Kini daku belajar apa itu DUGAAN BERHIKMAH.
Kini daku rasa SELAMAT dengan amanatnya.
Kini daku tahu siapa SAHABAT sejati.
Terima kasih Allah.
Terima kasih atas cinta Mu buat daku dan dia.
Pilihkan jejaka paling mulia mendidik daku sentiasa.
Lontarkan nasihat penuh hikmah dalam mencorakku di dunia.
Sungguh daku bahagia.
Dalam perjalanan ku yang Engkau corak.

SNABA: Hujung tahun memang bz dengan audit. Moga Allah permudahkan segalanya. Allahumma amin~