Monday, 7 March 2016

Sabtu Pertama



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Dari jauh sudah kedengaran enjin motor yang tidak asing ditelinga ini.
Laju memasuki garaj rumah dan disusun cermat di bucu parking.
Helmet dibuka, lantas senyuman manis dihadiahkan buat si isteri yang setia menanti.
Sambil bersalam, "Lama sayang tunggu abang? Sorry....lot banyak harine. Jom gerak, nanti sayang masuk lambat."
Usai bersalaman, tangan menyambut huluran baju sejuk dan botol air sambil berkata, "Tak apa abang. Sabtu ahad kan time in sayang bebas. Jom sarapan dulu, kemudian baru kita gerak na?"
Jawapan si isteri dibalas dengan pelukan seraya berkata, "Heee...tq masak apa yang abang tulis di mesej tu sayang. Meh abang suapkan."
Bergembiralah mereka berdua menikmati rezeki yang Allah utuskan itu.
(^_____________^)V


*********************************************************************************


Sungguh, setiap detik rindu bercambah.
Senyuman manis terbayang sentiasa.
Ringan pelukan sebagai hadiah.
Nasihat lembut yang mendamaikan jiwa.





Perkahwinan perlukan sifat SYUKUR.
Dengan sifat syukur, kau akan rasa sempurna.
Dengan sifat syukur, kau akan rasa cukup sentiasa.
Dengan sifat syukur, kau akan terima baik buruk pasangan tanpa kata.
Dan dengan sifat syukur, kau akan rasa nikmatnya berumahtangga.

Moga sahabat yong berada dalam rahmat Allah.
Berlarilah menjadi terbaik buat pasangan masing-masing.
Bersabar dalam setiap ujian yang Allah berikan.
Bertolak ansur demi keharmonian bersama.
Jujur dalam setiap tingkahlaku dilaksanakan.
InsyaAllah, bahagia menanti kita (",)
Allahumma amin...




SNABA: Balik kedah lagi. Moga selamat pergi dan pulang. Allahumma amin..


Friday, 4 March 2016

K E R T A S


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






NASIHAT DARI KERTAS

Sijil kelahiran kita adalah kertas.
Buku kita adalah kertas.
Kelulusan kita adalah kertas.

Semua nya dihidangkan pada "kertas".

Hatta, sijil pernikahan kita juga kertas.
Pasport kita kertas.
Geran rumah dan kereta kita adalah kertas.

Ternyata kehidupan kita layaknya kertas-kertas.
Seiring waktu juga, ia dirobek dan kemudian dibuang.

Dunia kita kini bersandarkan kertas.
Berapa banyak insan bersedih hanya kerana kertas-kertas yang dimilikinya.
Dan berapa banyak insan yang begitu bahagia dengan kertas-kertas yang dimilikinya...

TETAPI ada satu kertas yang tidak mungkin dilihat manusia selamanya,
SURAT KEMATIAN.

Maka, persiapkanlah kita untuk menghadapi kematian kerana itulah "kertas" terpenting di dunia fana ini.
Moga kita semua diberi akhlak seindah Al-Quran dalam melayari hidup seharian.
Serta memperolehi Husnu Khotimah.
Amin ya rabbi ^___^


Imam Ali bin Abi Thalib berkata:
Dua hal yang tidak akan kekal dalam diri seorang mukmin: "Masa mudanya dan kekuatannya"
Dua hal yang berguna untuk setiap mukmin: "Akhlak yang mulia dan jiwa yang lapang"
Dua hal yang mengangkat darjat seorang mukmin: "Sikap tawadhu' dan menolong kesulitan orang lain"
Dan dua hal yang menjadi penolak bala: "Sedekah dan silaturrahim"



SNABA: Moga Allah permudahkan urusan ku dan ia menjadi asbab kelangsungan ummat untuk mendoakan daku dan suamiku kelak.
Allahumma amin~