Thursday, 28 April 2016

Merawat Luka


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 



Sakit dan Luka?

Semua orang ketahui bahawa sakit dan luka adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

Kadang-kadang ada masanya kita sukar untuk melupakan.
Sukar untuk move on daripada perkara perit yang telah berlaku.

Setiap babak dan watak yang datang dalam hidup perlu meninggalkan parut seolah-olah ia takkan hilang dan sering berlegar-legar di fikiran.

Orang sekeliling akan cakap:
'Move on je la'
Redha je la'

Namun bagi kita mungkin tidak semudah kata-kata.
Kerana hanya Allah sahaja yang tahu.

Jadi, di saat ini apa yang perlu kita lakukan adalah mencari penawarnya!

Tidak perlu menghapuskannya dari kotak memori. 
Tapi carilah penawarnya.
Kerana memori itu mendamaikan jika indah, mematangkan jika salah, mengingati jika silap.

Apa penawarnya?
Solat!
Doa!
Baca Al-Quran!
Dan dengar orang membaca Al-Quran!

Tika sedih menyelubungi diri.
Pasti sukar untuk kita meraih khusyuk di dalam solat.
Hakikatnya solat penawar kekusutan.

Apa yang perlu kita lakukan ialah serah segalanya kepada Allah.
Semasa solat, kita anggap bahawa waktu itu hanya perhitungan antara kita dan Allah sahaja.
Tak ada yang lain.
Berserah sebulatnya kepada Allah.
Mohon kekuatan dariNya.

Kemudian, doalah!
Di saat ini pastinya kita mudah menangis.
Jadi janganlah kita menangis kerana dunia.
Tetapi menangislah kerana Allah menguji kita tanda Allah sayangkan kita.
Percayalah, dunia ini tidak layak untuk ditangisi..

Bacalah Al-Quran.
Berusaha untuk membacanya walaupun tergagap.
Apabila hiba, agak sukar kita membaca secara terang, maka bacalah dalam hati.
Kerana ia ubat tenang paling mujarab.

Jika tidak ada kelapangan , dengarlah orang mengaji.
Hayati kesyahduan alunan Al-Quran.
Rasakan getaran kalimahnya.

Hati kita pasti akan kembali mencapai ketenangan dan InsyaAllah akan membuka pintu untuk kita Move On.






SNABA: Lupakanlah seketika. Rawat luka itu dalam sujud padaNya. Lupakan kenangan pilu yang bisa buat hati kembali luka. Tenangkan hatimu dengan mendekati yang Maha Esa.








CikBu dalam Kenangan (=


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



My Cik Bunga


Kehadiranmu menceriakan.
Telatahmu menghiburkan.
Kenakalanmu mendamaikan.
Ketibaanmu mengembirakan.


Kau hadir ketika daku kehilangan.
Setia mendampingi ketika keseorangan.
Bagai permaisuri disayangi insan sekeliling.
Mengingatkan daku kepada suami si pencinta kucing.


Terima kasih Allah.
Menghadirkan CikBu kepada kami.
Biarpun sedetik bersama disisi.
Pasti kenangannya akan sentiasa diingati.


********************************************************************************


Sedih memang baik.
Sekali sekala ia melembutkan hati.
Tanda jiwa yang sensitif.
Bukti hati yang masih peka.

TETAPI
 Merendam roh kita ke dalam kesedihan yang terlalu lama akan mereputkannya!

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Ingatlah bahawa kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Namun mungkin bisa mententeramkan jiwa yang gundah.

MAKA
Perhatikanlah masalah dan bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian sebagai contoh 'kematian', hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada ALLAH di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.




La tahzan, Innallaha Maana (,'')





SNABA: 'Bukannya Allah tidak tahu remuknya hati, Bukannya Dia tidak tahu peritnya diuji, Kerana Dia tahu bahawa kita mampu hadapi' - Ayat yang sentiasa dipositifkan pada diri ini. Moga kawan-kawan semua begitu jua.



















Thursday, 14 April 2016

8 Rahsia dari Surah Al-Kahfi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Cinta Dunia & Takut Mati menjadikan kita seperti Buih di Laut!
Banyak tetapi tidak bererti. (deep)




Kisah dua orang anak yatim yang diceritakan panjang lebar. (^^,)
[ Kitab Fadhail Amal, Bab Fadhilat Solat, m/s:70 ]

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya maut tetapi masih mampu ketawa.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdir Allah SWT yang telah ditentukan tetapi ia masih mencintainya.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui segala yang berlaku adalah mengikut takdir tetapi ia masih berdukacita dengan apa yang hilang daripadanya.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa ada perhitungan terhadap dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaannya.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukakn maksiat.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengenal zat Allah SWT tetapi ia mengingatkan sesuatu selain daripada zat Allah SWT.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui adanya Syurga tetapi ia maish mencari kemewahan di dunia.

Aku hairan terhadap sikap manusia yang menganggapkan syaitan sebagai musuhnya tetapi ia masih mentaatinya.


Moga kita semua menjalani kehidupan yang dirahmati Allah selalu.
Amin ya rabbi



SNABA : Menghitung hari :) Moga segalanya dalam rahmat Allah! Allahumma amin...

Tuesday, 12 April 2016

Darwisy - Interview Guru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Awisy!!!
Kami semua doakan agar semua berjalan lancar (:
Do The Best You Can.


Jika Allah kata itu terbaik, maka dapatlah.
Jika tidak, pasti ada yang lebih baik untuk awisy after this.
Kun fa ya kun (^^,)



Akak, Angah, Awe & Adik sayang Awisy (*_*)


DAN

Semoga sampai dengan selamat buat Angah & Awe yang pergi Jitra jaga maktok tokayah semalam (:
Kita date this Friday!! 
heee







Thursday, 7 April 2016

Hadiah Terakhir


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



07 April 2016
27 tahun

Alhamdulillah, insan hina ini masih bernafas. 
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan, dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


********************************************************************************


Jatuh bangun dunia,
Senyuman dia masih sama.
Susah payah dugaan,
Dia belum goyah sikit pun.

Dia mungkin lemah,
Dia mungkin hibah,
Dalam fikirannya hanya untuk Ummi Ayah,
Maka dia tidak akan mengalah.

Yang dikejar kini hanya dua,
Satu bahagia selamanya,
Dua redha ibu bapa,
Itu sahaja. 

Buat Ummi Ayah yang disayangi,
Terima kasih atas jasa dan limpahan budi yang infiniti.

Buat adik-adik dicintai,
Terima kasih masih kekal setia menemani.

Buat teman-teman dihormati,
Doa cukup sebagai aliran keberanian tanpa henti.

Buat si cinta hati,
Kau kekal dihati buat dia kuat hingga kini.


********************************************************************************

Tahun ini mungkin dia tiada suami,
Tapi Allah lahirkan insan istimewa lain disisi,
Hingga dia kalah nikmat yang Allah beri,
Jadikan dia malu atas segala diperolehi.


Terima kasih abah & abang man celebrate birthday Yong bersama.
Siap belanja kek tiga tingkat lagi, kehkeh.
Terharu.
TQ..


********************************************************************************


31 Ogos 2015
HSB

'Happy 15 months husbandwife sayang (='
*sambil hulurkan bungkusan*
Terkedu. Allah... Setiap 31hb pasti ada hadiah buat yong. Pasti!
Abang....I Love You, Really Do! (=
'Sayang buka time 7 April taw. Abg beli awal. Hee. Hari ni tugas sayang baca Yassin je untuk abang. K?'
Birthday sayang nanti? oh... baik abang ^^,
'Janji buka tu nanti senyum ,macam abang senyum ni'
Heee...buat lawak ek. InsyaAllah baik.
Abang... 
Yong takut..Sayang tak kuat mcmana?
*dicapai tangan Yong dan digenggam kemas*
'Abang tahu siapa isteri abang. Sayang mesti boleh! Abang selalu doa sayang boleh. Okey '



7 April 2016, 6.00 pagi.
Abang... syukran ^^,
Sayang suka. Tapi, sayang x tepati janji...Yong menangis sampai buat ummi ayah susah hati. Sorry.
Sayang just 'rindu'. Rindu semua tentang abang. hee.
TQ jadikan Afiqah Aulia abang. Your Aulia really happy. Happy become your wife.
Pandai abang tipu ye. Abang cakap abang buang semua note yang sayang selalu bagi pada abang. 
Its really memorable for me abang. Really. heee
(= Al-Fatihah Syazniku =)


********************************************************************************




InsyaAllah.
Moga kita semua dianugerahkan hati yang damai.
Jiwa yang tenteram.
Dan perasaan yang indah.

Allahumma amin
(^^)




SNABA : Malam ni gerak ke Kedah. Moga Allah restu dan lindungi.