Monday, 9 May 2016

05 Mei 1994 - 05 Mei 2016 (22 tahun)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Muhammad Adib bin Abdullah
AbangWe / PapaWe



Dari kecil mudah dijaga,
Diam tanpa banyak bicara,
Mudah dipatah jika salah,
Memaafi dengan mudah.


Pendamping paling setia dijiwa,
Pendengar paling peka bersama,
Penderma paling pemurah dikala sesak,
Adik paling sabar layan kerenah kakak.


Dia,
Selalu ada dikala daku gundah,
Hulurkan tangan ringankan langkah,
Tidak pernah mengeluh lelah,
Biarpun ku tahu dia lemah.


Sungguh,
Daku syukur dikurniakan adik seperti dia,
Galas tanggungjawab sebagai ketua penuh saksama,
Hormat dan saling membantu sesama kami berlima,
Moga kita semua berjiran di syurga sana.


Allah uji memang ikut kemampuan daku,
Pertama kali arwah di operate daku kaku,
Mujur aturan Allah itu sungguh indah ditanggung bahu,
Angah & Awe cuti untuk khidmat bersama denganku,
Hadirkan adik-adik dikala ribut serbu,
Mengajar daku erti syukur dalam sendu,
Kuat demi insan sekelilingku,
Sabar dalam setiap langkah yang dilalu,
Gembira walau detik masa sepu,
Agar hidup lebih bermakna dihujung waktu,
Bersama insan-insan yang bakal daku rindu.


Hingga kini,
Biarpun daku sudah beranak satu,
Dia masih bertanggungjawab memastikan daku selamat,
Banyak urusan arwah dilaksanakan oleh adikku,
Buat rinduku pada abangmie terubat.


Terima kasih abang...
Memainkan peranan sebagai ketua buat kakak yang lemah,
Sentiasa papah tanpa banyak kata mengguris jiwa,
Melontarkan semangat buat akak terus mara dengan arah,
Pasti abangmie bangga adanya kamu pengganti dia.

PASTI (^^,)





Buat adikku AbangWe....

Akakmu tiada wang beribu untuk dihulur,
Namun doaku tidak pernah luntur,
 Moga sentiasa dalam restu dan hikmah syukur,
Berada dalam pelukan Allah yang subur,
Dan menjadi anak soleh buat ayahumi di kubur.






SNABA :  Rindu kian menyerbu. Moga kita bertemu dan kekal selamanya nanti. (=














Wednesday, 4 May 2016

Auliatul Syazni - 21.04.2016 - HSB - 1.59am


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Wajah Aulia copy paste muka ummi =D. 
Kening je mcm abi tp kening abi pendek. Hee




Salamun An-Nisaa 😊
(Salam sejahtera anak perempuan)

Daku ingin bahagia dalam restu Allah.
Dan moga kamu adalah salah satu kebahagian yang Tuhan restukan.



'AULIATUL SYAZNI'
21.04.2016
1.59am HSB


Syukran Ilahi,
Mentakdirkan Aulia buatku,
Sempurnakan hidup ini,
Sebagai pengganti Syazni ku.


Jika sebelum ini malamku didakap erat,
Selimut disarung kemas,
Kini Aulia tempatku merapat,
Hilangkan rindu yang bernafas.


Sungguh hitungan Allah itu tepat,
Ketika pendirian tersasar,
Allah tiupkan semangat baru sesaat,
Buatkan daku teguh berkobar.


Sebelum ini matlamat ku gagap,
Tidak tetap dalam keputusan,
Lenyap ditiup masalah yang hinggap,
Moga Aulia asbab keteguhan.


                                                                                                                              


Anniversary pertama,
Antara suka dan duka,
Telah disahkan berbadan dua,
Air mata kami berdua terlerai jua.


Gembira suami tidak semanis mana,
Penyakitnya halang nikmat dunia,
Fikirannya bercabang pelbagai perkara,
Berasa dosa pada daku yang redha.


Namun aturan Ilahi lebih mampat,
Nyawanya hanya sekuman,
Diterima khabar penuh hikmat,
Berdua sabar diuji Tuhan.


Rezeki anak Allah tangguhkan,
Doktor sahkan setelah merawat,
Pegang fahaman semuanya kuasa Tuhan,
Senyuman dilempar hilangkan gugat.


Lantas merancang saham sampingan,
Perlu disemai saluran ke akhirat,
Moga Aulia direstukan Tuhan,
Buat kami ketika habis hayat.


                                                                                                                           


Kawan-kawan,


Sebanyak mana kami doa dan ikhtiar sebelum ini, Tuhan masih belum rezekikan kami zuriat.
Eh, tidak perlu beri sebarang respon kasihan kerna sudah lama kami redha dengan ini semua.
Malah kami berdua bersyukur diberi ujian sebegini.
Kerana Allah merancang kesetiaan ku 100% hanya buat suami hingga hujung nyawanya.


Rasanya tidak perlu untuk daku meratapi kehilangan demi kehilangan zuriat kami.
Paling akhir sebelum arwah operate pertama.
Disebabkan itu arwah delay operatenya untuk ku.
Malah arwah yang menjaga sepanjang tempoh berpantang walaupun dia sendiri tidak sihat.
Nikmat bukan? 
Tiada apa yang perlu untuk daku rasa ketidakadilan!
Kerana segalanya telah Allah kurniakan.
- Cinta - Kasih Sayang - Tanggungjawab - Setia - Saling Melengkapi - dll -


Malah arwah selalu remain apabila ketabahan ku diragut mulut-mulut lalat :
'Ingat, kesusahan kita tanda peringatan Tuhan tentang kesenangan yang sedang menunggu kita. 
Cuma kuat dan sabar sahaja. K?'
Walaupun abang x ada sekalipun?
'Ya! Walaupun abang x ada, ingat yang cinta abang sentiasa ada untuk sayang. Ingat.'
InsyaAllah.. Kuat dan Sabar (ulang daku kepada arwah) :'( 
*hujan dalam pelukan suami. hujan untuk kuat menanti pelangi datang*


DAN
Kini kesenangan kami hadir dalam bentuk yang tidak diduga.
Allah anugerahkan Aulia kepada daku dan jua arwah hakikatnya.
Hadir pada masa dan waktu yang tepat.
Moga Allah lindungi kami dan kita semua dalam rahmatNya.



Kawan-kawan,
Daku mohon doa kalian agar segala dipermudahkan.
Moga tiada yang menyusahkan.
Dan membesar dalam kebanggaan daku.
InsyaAllah.
Allahumma amin.


Kawan-kawan,
Anakku Aulia ini bersih.
Malah Auliaku ini istimewa dalam caturan Ilahi.
Maka, berhentilah mengata kerna mungkin esok Allah cabut usia.



                                                                                                                                




Usah rasa hina mahupun sedih jika masih belum dikurniakan zuriat.
Baca dan fahaminya.
Namun awas! Hendaklah berusaha terlebih dahulu.

Moga Rasulullah S.A.W menanti Mohd Syazni dan Siti Nurul Afiqah di pintu syurga.
Serta kalian-kalian yang lain.
Allahumma amin
(^^,)




SNABA : Kerja makin banyak, moga Allah permudahkan. Amin (=

Tuesday, 3 May 2016

Bersangka Baik


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Arwah memang gemar senyum. Dan senyuman yang paling manis dilihat oleh diri ini 
adalah ketika kami sah sebagai suami isteri (=




Jom bersangka baik!
Pasti bahagia milik kita (=


Ada sebab Allah tak beri jodoh lagi.
Ada sebab Allah tak beri zuriat lagi.
Bukan saja-saja.


Allah mahu menguji.

Mungkin Allah ingin melihat sejauh mana kita berusaha dan kebergantungan kita padaNya.

Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan kita.

Mungkin..


Pujuklah hati ; Aku hidup untuk redha Allah.
Matlamat utama adalah syurga Allah.

Sekejap saja di dunia ini.
Bersabarlah sedikit (^^,)


Tak ada jodoh, boleh masuk syurga.
Tak ada anak pun, boleh masuk syurga.


Letakkan Allah di hati.
Yang lain pasti akan berlari.


Menangislah sebentar kerana kau manusia.
Kemudian senyum dan berbahagialah!






SNABA: Moga daku kuat melayari hidup mendatang. Amin ya rabb...