Wednesday, 7 September 2016

Senyum


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





"Yong, nanti Allah akan ganti yang lebih baik untuk Yong, jangan risau."
"Yong, dah ada pengganti ka?"
"Yong, bila lagi nak kahwin. Nanti makin lama makin tua."
"Yong, nak kami tolong carikan jodoh ke?"
"Yong, hidup kena diteruskan. Cari ayah untuk Aulia."
"Yong, si A nak kawan dengan Yong. Nak x?"
"Yong, asyik kerja seminggu 7 hari. X sayang anak ke?"


Jawapan Yong?

SENYUM
(save answer kan, heee)


Ya.
Ramai insan yang prihatin di sisi Yong.
Mengharapkan yang terbaik buat Yong di dunia.
Yang ingin melihat Yong berpasangan di hari tua.
Mahu Aulia dibesarkan bersandarkan kasih sayang seorang 'ayah'.
Impikan Yong dan Aulia bahagia di hujung ketika.
Alhamdulillah.
Yong amat berlapang dada.
Kerana niatnya amat mulia.
Moga Allah membalas pahala buat kalian semua.


...................................................................................................................................

Bukan ku masih berduka lara.
Apatah lagi tidak redha.
Cuma biarlah masa tentukan segala.
Kerna ku percaya aturan yang Esa.

Tidak perlulah tergesa.
Kerna bagiku kini sudah selesa.
Bermanja dengan ahli keluarga.
Dan berdua dengan Aulia.

Hakikatnya bukan mudah.
Untukku curang kekasihku yang setia.
Kerna dia tidak pernah mengalah.
Membuktikan cinta memiliki kuasa.

Ramai bilang anak tanpa kasih ayah tidak bijak.
Buatku termenung beremosi segala.
Lantas sejadah ku jejak.
Moga Aulia membuktikan songsangnya.

Cinta itu buta.
Ya.
Amat buta.
Hinggaku rindu biarpun nyawanya tiada.
Rasanya itu umpama gila.
Kan?
Hahaha

Ketahuilah.
Memorinya bukan biasa-biasa.
Insan pertama buatku bahagia.
Hargaiku umpama anak raja.
Lamarku untuk bersamanya ke syurga.
Kasihnya hanya buatku satu sahaja.
Utamakan daku dalam segala kerja.
Belajar upgrade diri sebagai ketua keluarga.
Untuk berjemaah ke Jannah sana.

Daku bekerja untuk masa depan Aulia.
Penat usah dikata sesaat.
Kerna sekudrat usaha penuhi impian.
Namun diikat agar tiada bocornya.
Agar dunianya berjalan pesat.
Itu tanda sayangku hingga beruban.


.......................................................................................................................


Terima kasih.

Ya.

Terima kasih kerana prihatin.
Tiada jawapan yang bisa diucap.
Moga 'senyuman' penyelamat soalan.
Biarkanlah ia terus tidak terungkap.




SNABA : Mummyngah dah nak kawen, rindu la =.='. Moga Aulia dijaga  oleh insan mulia nanti. Amin...



















Monday, 5 September 2016

Abang's 32th Birthday


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






06.09.1984 - 06.09.2016

Happy Birthday Syazniku Sayang !!!

Selalu sayang akan wish gitu pada abang kan ...
Dan respon abang?

Sengeh
dan hadiahkan pelukan tanda syukran.
dan ciuman dahi tanda menghargai.
Bahagia!
Ya, kami berdua bahagia.
Dalam posisi yang tersendiri.

Moga kalian juga bahagia dalam perspektif kalian.
Amin...

.................................................................................................................................



Syukur.
Ya.
Syukur menjadi isteri Syazni biarpun 1tahun 4bulan 14hari.
Alhamdulillah..

Betapa rentetan Allah itu indah.
Ditemukan kami selaku bos-kuli.
DiizinkanNya untuk kami berdua menikmati manisnya berumahtangga.
Diuji ujian kecil dengan kehilangan demi kehilangan zuriat kami berdua.
Dimurahkan rezeki kami untuk memenuhi kehendak masing-masing.
Dugaan hadir menguji kesetian, kesabaran, kefahaman dan kepercayaan masing-masing.
Malah dugaan yang menjadikan kami lebih dekat dengan Nya.
Sakit yang menyemarakkan lagi kasih sayang antara kami.
Kerna sakit itu umpama alarm buat kami.
Untuk lebih menghargai setiap detik bersama.
Sebagai memori teragung untuk disimpan.
Selagi Allah restu.
(^^,)


Kawan-kawan,
Ketahuilah rahsia disebalik sakit yang Allah uji itu amat INDAH!

Kalian dapat mengenali hati budi pasangan masing-masing.
Ya, kerana perasaan insan yang diuji ini berbolak balik dan tidak stabil.
Jadi sebagai pasangan, kita harus menjadi air yang mendamaikan buat mereka.
Cukuplah kesakitan yang ditanggung mereka.
Gembirakan hati mereka selagi termampu.
Lunaskan permintaan mereka ikut kudrat.
InsyaAllah, dua-dua pihak akan melayari detik indah bersama.
Hingga hujung masa.

Kesakitan juga asbab reunion yang tidak dijangka.
Dengan sakit, Allah bukakan jalan pertemuan kita dengan kenalan lama.
Setiap sahabat hadir dengan rahmat Allah dan doa yang tersendiri.
Mungkin ada doa yang Allah dengar untuk keajaiban.
Semuanya dariNya dan kepadaNya.
InsyaAllah.

Nikmat sakit paling besar kepada pesakit adalah redha.
Redha bukan mudah diraih tanpa hati yang tulus.
Kita dapat melihat bertapa hebatnya mereka melawan sakit yang Allah uji.
Redha bukan bermakna berserah bulat-bulat tanpa usaha.
Tapi ikhtiar dan redha dengan ujian.
Secara tidak langsung akan wujud sifat positif.
'Allah uji kerana sayang pada aku.'
 'Aku harus kuat dan bukannya menyalahkan takdir'
Redha melahirkan semangat yang luar biasa.
Ini saya sendiri melihat manisnya redha kerana Allah.

Ujian sakit juga membuka mata siapa sahabat dunia akhirat kita.
Sahabat sejati akan sentiasa mendoakan kebaikan.
Beruntungnya Syazni yong kerana dikelilingi sahabat sejati.
Setiap kali hujung minggu, sanggup datang melawat.
Malah ada yang beli itu ini sebagai ikhtiar biarpun mahal.
Allah... Mulianya jiwa mereka.
Pernah sekali yong balik rumah abah untuk ambil baju bekalan. Arwah call,
'Sayang ada mana? Abang nak buang air kecil... Sorry'
*Sayang baru nak sampai Jitra abang. Jap sayang patah balik.*
'Sayang, xpe... Kwn abg hat misi laki tu tlg abang dah. Hati2 drive. Abang tunggu'
*Alhamdulillah. Baik abang. Tunggu sayang na*
 -KunFaYaKun...insyaAllah Allah bantu-


.................................................................................................................................




Abang,
Someone who loves my laugh, smile, voice and the things that I says!
I love you because of Allah,
and I knows Allah will love you more than me.
insyaAllah, aminn :)

Selagi yong mampu mendoakan, 
abang akan sentiasa wujud dalam setiap bait doa yong.
Wajib.






Abang,
Moga yong mampu mengalas tanggungjawab sebagai ayah dan ummi buat Aulia kita.
Alhamdulillah, Aulia kita kuat mcm ayah dia. heee
Montel follow ummi dia. haaa
'Aulia sayang ayah!!'


......................................................................................................................


Al-Fatihah
Moga tenang Syazniku di sana.
Amin ya rabbi..


Doa buat semua sahabat yang telah kehilangan insan tersayang: (gantikan nama insan kalian ya)
"Wahai Allah, ampunilah Mohd Syazni Rahim, naikkanlah darjatnya di antara orang2 yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yg masih hidup. Ampunilah dia dan kami wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."




SNABA: Rindu yang tidak mampu dilafaz. Akan ku titipkan surah kegemaranmu selagi ku mampu. Kami sayang abang!