Monday, 1 February 2021

SUASANA KERJA PKP 2.0


Covid-19 makin mengganas,
Kita perlu pantas,
Laksanakan tanggungjawab dengan iman,
Agar segalanya waras dalam ihsan.

Syukur!
Ya, kali ni daku suka.
Aulia masih setia menuntut ilmu.
Dan daku masih bekerja.
Wlpn PKP terus meluru.

Moga kita semua terus istiqomah.
Laksanakan arahan dengan disiplin.
Lebihkan diri dengan ilmiah.
Jadikan ia kelebihan dlm ujian.

Jujur,
Bekerja dengan anak disisi bukan mudah.
Sebaik manapun si anak, mereka dahagakan perhatian.
Seringan mana kita melaksanakan tugas di rumah, tetap akan mengguris jiwa kecil yg mahukan perhatian.


Tiada daya melainkan kuasaMu untuk kami semua mengharungi ujian ini.





Ye, anak abang suka renyeh mcm abang.






Moga semua ibu-ibu terus kuat emosi dan diri untuk menjadi ibu terbaik buat anak masing-masing. Begitu jua buat diri ini. Allahumma amin :)



Friday, 1 January 2021

Assalamualaikum 2021

 



2020
Anda membuktikan daku mampu sendiri,
Anda memberikan rezeki dalam pelbagai segi,
Anda mengajar daku erti kematangan diri,
Dan anda mendidik daku tawakal sepenuh hati.

Syukur!
Itu ucapan yang paling daku akui.

Allah hadirkan rezeki berlipat kali,
Di dalam nya Allah wujudkan insan-insan baik hati,
Untuk menjaga anakku dengan ikhlas murni,
Agar daku bekerja dengan dedikasi.

Hijrah singkat ku memori indah,
Mengajarku rezeki melimpah bukan mudah,
Pelbagai ku gadaikan untuk meraihnya,
Setimpal ilmu baru yang daku terima.


2021,
Sungguh daku tidak minta banyak,
Mohon teguhkan iman yang berbolak balik,
Lapangkan dada anakku agar tidak serik,
Jagalah kami dalam golongan yang baik.








yong, mohon jadi insan yang positif. jangan mengharap pada sesiapa. usaha sendiri apa yang kau mahukan. ubah sikap membeli brg utk diri sendiri kerana kini tiada abgmie yang akan belanjamu lagi. ingat! xperlu harapkan orang lain. mulakan dengan beli tudung sendiri-sendiri.  :)