Thursday, 29 October 2015

Jom kloroxkan HATI! :)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





H A T I
Ia adalah raja dalam kerajaan diri.
Sebab itu Allah memerintahkan agar kita sentiasa membersihkan hati sebelum gelap!
Bersihkan mazmumahnya digantikan dengan mahmudah.
Oleh itu, kita tahu anggota lahir kita ini akan bersyariat apabila hati itu bersyariat.
Jadi jika "hati" yang menjadi raja dalam kerajaan diri sudah baik, maka dia akan kerahkan seluruh anggota dalam diri untuk membuat kebaikan.



"Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh/nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya"
(As Syams :9-10)




Konklusinya:
Orang yang hatinya baik, dia akan berjaya dalam hidup.
Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Sebaliknya! 
Kalaulah hati seseorang itu telah rosak, hatinya kotor hingga mazmumahnya subur, dan  mahmudahkannya lurus,
Maka, hati yang kotor itulah yang akan mengecewakan manusia di dunia lagi.
Hidupnya lintang-pukang, haru-biru, tidak ada kasih sayang, tidak ada kemesraan, selalu bergaduh, iri hati, dan krisis hingga membawa pergaduhan.
Akibatnya, gagallah hidupnya biarpun dia seorang kaya, seorang raja, seorang pembesar ataupun seorang alim.

Begitu pentingnya hati di dalam Islam.
Yang mahmudahnya hendaklah kita suburkan.
Manakala yang mazmumahnya hendaklah kita tumpaskan dan dicabutbuangkan.




JOM SUBURKAN
v
v
v
v

 TAUBAT   <membersihkan hati>
 KHAUF     <takut kepada Allah>
 MUHABBAH     <kasih sayang berpaksikan Allah>
 ZUHUD       <menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu>
 SABAR        <menahan diri daripada merungut terhadap sesuatu perkara>
SYUKUR     <memuji setiap nikmat yang Allah aturkan>
IKHLAS       <setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah>
TAWAKAL         <menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah>
REDHA        <tenang hati terhadap apa yang terjadi tanpa mempersoalkannya>
ZIKRULMAUT     <sentiasa ingat mati & memperlengkapkan diri untuknya>





MARI LUPUSKAN
v
v
v
v

BANYAK MAKAN
BANYAK CAKAP
MARAH
HASAD
BAKHIL
CINTAKAN KEMEGAHAN
CINTA DUNIA
BANGGA DIRI
UJUB     <hairan diri>
RIYA'      <menunjuk-nunjuk>



Kawan-kawan,
Tidak ada manusia pun di dunia ini yang tidak pernah bebas daripada kesalahan.
Mustahil, kerana Allah ciptakan manusia tidak sempurna.
Tetapi Allah menggalakkan manusia untuk bertaubat atas setiap kesalahan yang dilakukan.
Bukankah kesalahan lalu menjadikan kita lebih baik sekarang? hee
Semoga Allah SWT menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah.
InsyaAllah
Amin ya rabb!


 Hargailah dan sayangilah diri kita sendiri kerana tiada sesiapa yang akan menghargai sebelum kita.
Jom tambah ilmu bersama-sama. ^^,


SNABA: Abah sayang & abangman datang PB 26.10.2015 time maghrib. Siap tidur lagi. Thanks abah datang, hee. N TQ abangman bawakkan abah. hewhew. Lepas ni datang weekend taw, boleh plan macam-macam :)







Thursday, 22 October 2015

Hari 'Asyura


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Alhamdulillah!
Kita berjumpa hari 'Asyura sekali lagi.
Moga kita perolehi kebaikan dari sisiNya.
"Ya Muqollibal qulub thabbit qalbi 'alaa diniik"
(Wahai Tuhan yang membolak balikkan hatiku, tetapkanlah hatiku dijalan AgamaMu)
Mari, istiqamah dalam doamu.
Istajib du'a 'ana. Istajib du'a 'ana. Istajib du'a 'ana.
InsyaAllah :')



Disunnahkan Puasa 'Asyura Tanggal 9 dan 10 Muharram 
“Puasa Asyura menghapus dosa setahun yang lalu”(HR. Muslim no. 1162, Tirmidzi no. 752)




Kawan-kawan,
'Asyura berasal dari perkataan 'asyara iaitu bermaksud sepuluh.
Puasa 'Asyura merupakan puasa yang dikerjakan pada 10 Muharram pada kalender Islam.
Hukum puasa 'Asyura adalah sunnah, maksudnya sangat dianjurkan dan berpahala bagi sesiapa yang mengerjakannya. 
Namun, tidaklah berdosa bagi yang tidak mengerjakannya.



Kawan-kawan,
Puasa selain merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT, ia juga mengandungi banyak manfaat yang lain.
Dengan berpuasa seseorang dapat mengendalikan syahwat dan hawa nafsunya.
Dan puasa juga menjadi perisai dari api neraka.
Dan puasa juga dapat menghapuskan dosa-dosa dan memberi syafaat di hari kiamat.
Dan puasa juga membangkitkan rasa solidaritas kemanusian.
See?
Hanya dengan berpuasa, kita memperolehi banyak manfaat di dalamnya.
Betapa Allah sayangkan kita,
Jadi ayoh kita grab tanpa banyak kata!


Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan
puasa 'Asyura ada 3 tingkat.
1. Puasa di hari yang ke-10 sahaja.
2. Puasa di hari ke-9 dan ke-10.
3. Puasa di hari ke-9, ke-10 dan ke-11.



Dari Abu Qatadah Radhiallahu'anhu :


وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ
"Dan puasa di hari 'Asyura , aku mengharapkan Allah menggugurkan dosa setahun yang lalu"




Esok jangan lupa baca ye kawan-kawan!
Dulu habib akan letak Al-Quran dalam kereta sebab yong akan baca time abang drive ke tempat kerja. 
Abang dengar dan tegur jika salah. Yong pula akan baca.
Mudahkan dapat pahala Allah (^^,)


SNABA: Alhamdulillah, dapat puasa hari ini. Moga esok juga dipermudahkannya.  Esok balik office! Dengar bajet la kita besok ye. =)
.

Apabila Ada Yang Terkenang, Pasti Wujud Syukur Dihati (^^,)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


21 Oktober 2015, Cradotex Technology Sdn Bhd
(Perbualan dengan Pakcik Guard)

Yong..
Ye pakcik ( sambil senyum di bibir)
Pakcik nak tanya sikit boleh x? Mana Mie kamu yong? Selalu dia hantarkan...
Dah agak mesti pakcik ni tanya sebab dah 3 hari dia perhatikan yong pelik
=.='
Abang dah pergi pakcik~
Apa yang Yong buat sampai Mie lari? Bukan senang taw nak dapat laki macam Mie tu zaman lani Yong oi..
Hee..Pakcik ni, Yong x habis cakap lagi pakcik dah cut. Abang baru meninggal pakcik. Pakcik jangan risau, insyaAllah abang ada di sini. (pegang dada)
Innalillah~ Takziah Yong. Maaf, pakcik fikir korang bergaduh tadi.
Takpe pakcik. Yong tak ambil hati pun. Pakcik doakan abang Yong ya :)
Yong...Mie selalu pesan kat pakcik tolong tengokkan kamu jika dia ambil lambat.
Setiap kali rehat dia pasti datang ambil Yong. Katanya Yong kalau kerja tak ingat makan.
Paling tak boleh lupa, dia masak lauk untuk kamu. Korang dua makan di meja sana. 
Siap bagi satu bekas untuk pakcik lagi! hee
Tak pernah pakcik tengok dia tunggu kamu dalam kereta, mesti tunggu depan pagar ni. Katanya risau anjing kacau kamu nanti Yong.
Selalu tanya Yong solat zohor tak tadi, risau kamu xde kenderaan nak ke masjid.
Sebab tu pakcik fikir lain tadi.
Kat dunia sekarang ni Yong, takkan ada macam Mie lagi.
Tengok dia pun tahu, dia sayang hang sungguh Yong.
Nampak Yong muncul, sengeh tak henti.
Syukur, Allah bagi Yong cinta sejati walaupun sekejap.
Ye nak?
Takpa, esok pakcik tunggu kamu. Kot anjing kacau.
Alhamdulillah, insyaAllah pakcik. Yong redha dan gembira jadi isteri abang walaupun sekejap.
 Eh, terima kasih pakcik. Tak perlu susah-susah, insyaAllah yong kan kena belajar berdikari sekarang ni. Pakcik pantau dari bilik ni je na. hee.
Hmm, ikut kamu la. Tapi pakcik nak jaga kamu jugak. Wasiat tu Yong...
Allahu... syukran pakcik. Yong minta izin balik dulu ye. Nanti lambat ayahummi risau pulak.
Assalamualaikum pakcik =)
W'salam nak. Bawak kereta baik-baik.
Angguk dan gerak balik~


Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah kerana mewujudkan insan-insan yang baik di samping ku.  Syukur.
Ya Allah, rahmatilah kami meniti usia. Berpisah kami di alam nyata. Temukan kami semula di taman syurga.
Amin ya rabbi~


..........................................................................................................................................................


Disebabkan jalan sesak, 
Mata kian layu kepenatan kerja,
Dia ON kan radio untuk kurangkan semak,
Muncul pula lagu yang dia suka!





M A L A I K A T - Hazama
Lagu ini penuh memori manis,
Mula dahulu dia tidak dapat kawal menangis,
Terbayang kesungguhan suami luah isi hati,
Kini setiap kali berkumandang pasti dia tersenyum sendiri,
Umpama suami ada di sisi!

20 July 2015, Raya Puasa:
Malam tersebut habib ajak yong beraya rumah Paklong di Tualang. ODW ke sana, tiba-tiba abang genggam tangan yong. First & last abang menyanyi!Lagu Malaikat ni. hee. Selalunya yong yang akan buat onar pencemaran bunyi dalam kereta. Tapi time tu, abang nak nyanyi sendiri. Malah tak izinkan yong jadi backup singer pun. Alhamdulillah sekarang yong dah faham maksud tersirat abang. InsyaAllah, Allah kan ada. (^^,)


Cinta sejati adalah KAU yang ku selalu sebut di dalam DOA ku 




SNABA: Hari ini Yong balik awal, perlu ke bank settlekan beberapa kerja. Terima kasih En Faiz jadi senior yang baik hati dan sporting. Layan Yong macam anak sendiri. Same goes to pakcik jugak, syukran atas doa. Alhamdulillah (*,*) Yong yakin esok mesti pakcik tanya meninggal sebab apa. Tadi pakcik bersemangat flash back segala benda. Hee..




Wednesday, 21 October 2015

Mari Kekalkan Paradigma Kepada Orang Tua Kita ^^,


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tiada sekolah sebaik RUMAH , Tiada guru sebaik IBUBAPA.

Ayah/Abi/Walid/Abah/Baba
Ummi/Mak/Mami/Ibu/Mama

Apa pun panggilan yang kita panggil,
Mereka adalah insan pertama yang kita cinta.
Mereka adalah insan pertama yang kita percaya.
Mereka adalah insan pertama yang setia bersama kita.
Mereka adalah insan yang paling istimewa.
Kerana merekalah kita boleh wujud di dunia.

Ketika kita kecil,
Merekalah yang bangun pagi buatkan susu segala.
Tukarkan lampin agar kita selesa tanpa kata.
Masakkan makanan yang terbaik untuk perkembangan minda.
Belikan pakaian yang molek agar kita gembira.
Hantar ke sekolah agar rasa sempurna.
Pantau aktiviti harian agar tidak salah arah.
Nasihati penuh berhemah apabila tersilap langkah.
Limpahi kasih sayang agar hubungan kekal basah.
Agama diterap supaya hormatnya kerana Allah.
Setiap malam dicium sebagai tanda hadiah.
B A H A G I A kan ketika itu :)

Namun...
Ketika kita menginjak dewasa,
Ibu ayah kita kian lupa.
Kawan-kawan lebih diutama.
Segala permintaannya perlukan masa lama untuk sempurna.
Hubunginya kerana berpunca,
Pelukkan nya dibalas tidak semegah mana,
Kasih padanya kian kau alpa.
Handphone kau lebih kau puja.
Teknologi kau adapt cara yang salah.

TETAPI
Kasih sayang mereka tiada beda.
Walaupun terluka mereka masih maafkannya.
Disebabkan kasih mereka sentiasa bebunga.
Dibajai doa agar kau taat sentiasa.
Harapan agar menjadi anak yang berguna.
Ketika kudrat di mamah usia.
Pendamping mereka di hari tua.

Satu tambah dua, Sama dengan tiga.
Sayangi orang tua, Pasti kau bahagia!


Rasulullah SAW pernah didatangi seseorang,
"Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling utama?"
Baginda menjawab , "Solat tepat pada waktu".
Aku bertanya kembali, "Kemudian?"
Baginda menjawab, " Berbakti kepada orang tua".
Dan aku bertanya lagi, "Kemudian?"
Baginda menjawab, "Berjihad di jalan Allah".
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
(^^,)



SNABA: Alhamdulillah, ayah selamat sampai dari Ipoh dan berjaya dalam temuduga nya. Moga perolehi keputusan yang terbaik untuk semua!





Thursday, 15 October 2015

Jangan Nilai Manusia Melalui Kisah Silam


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Berubah?
Ramai yang mengeluh sukar untuk mengubah orang lain.
TAPI hakikatnya, perkara paling sukar adalah mengubah diri kita sendiri.
Jika kita pun payah diubah, inikan pula mahu orang lain berubah demi diri kita ini ^^,

Namun fitrahnya setiap manusia akan melalui proses perubahan diri.
Proses ini akan sentiasa beroperasi tanpa ada henti.
Terpulang pada diri jalan mana yang kita akan lalui.
Dan siapa yang akan kita jadikan inspirasi perubahan itu nanti.

Seseorang itu boleh berubah luaran mahupun dalamannya dengan izin Ilahi.
Yang dahulunya jahil, mungkin akan lebih mulia daripada manusia kekal iman di hati.
Yang dahulunya baik, mungkin Allah akan uji sebaliknya untuk tahu status iman yg realiti.
Jadi kita tidak boleh ukur manusia dengan masa lalu tanpa ketahui status iman mereka yang terkini.
Bukankah jadi fitnah nanti?
Malulah kerana Ilahi.
Free melabur pahala untuk difulan yang di caci.
Jadi lebih molek jika doakan yang baik-baik untuk semua.
Agar dunia kita lebih bahagia dan harmoni.


 
Ayuh bersama-sama kita men'transform'kan diri kita demi mencari keredhaan Ilahi. 
Kerana itu sebab kita berada di dunia ini. 


Bahagialah kita kerana sejak lahir telah dihujani dengan kehidupan yang Islamik.
Ibubapa mana yang tidak mahu anak-anak mereka sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Jadi dihantar pagi ke sekolah ilmu dunia dan petang ke farduain bekalan akhirat pulak.
Semua terletak pada diri kita jalan yang mahu ditujui.
JADI
Pilihlah yang terbaik untuk diri dan ibubapa yang banyak berharapan tinggi buat diri kita ini.
Janganlah diguris hati insan yang paling banyak berbakti.
Kerana akan merana hidup di dunia ini.
Di akhirat nanti lagilah teruk penangannya, nauzubillah~


InsyaAllah, yakinlah! Allah tidak akan biar hati kita dijentik jika tidak mencorakkan perjalanan seterusnya yang menarik untuk kita tempuhi. Tidak kiralah gembira/sedih, semuanya akan mematangkan kita dalam menganalisis hidup nanti. So, kena always positif dan terima dengan senang hati :)


Berubah bukan semudah alif ba ta
Lancar semua terus khatam Al-Quran.

Berubah bukan semanis gula
Niat sekali semuanya sempurna.

Berubah bukan sewangi serai
Buat sekali terus selesai.

Berubah memakan masa seumur hidup
Kerana matlamatnya tidak mudah di kaut
Perlu sentiasa perbaiki agar hidup mantap
Pastikan berteman untuk terus kuat

Jadi, apabila kita niat untuk berubah. Perlulah seiring dengan tindakan untuk memastikan ia berjaya.
Teman di sisi perlulah memainkan peranan ketika ini.
Beri semangat sewajarnya dan bukan memerli.
Pastikan objektif teman kita bakal di realisasi.
Moga Tuhan turut beri kita pahala sekali.
Heee


Buat suami isteri, 


Buat para suami, berusahalah menjadi idola si isteri berdasarkan kisah nabi. Manakal si isteri, jadilah tulang belakang si suami agar sama-sama kecapi kemanisan hidup berteraskan pegangan Ilahi. 


Apabila kita memasang niat untuk berubah, kita perlu fahami sedalam-dalamnya apa yang mahu kita perbaiki itu. 
Bukankan apa, supaya proses untuk perlaksanaan perubahan itu nanti akan menjadi lebih mudah.
Apabila mudah, kita akan laksanakannya secara istiqamah.
Itu yang kita mahu.
Niat untuk berubah. Dan laksanakannya secara istiqamah.


Perkara paling sukar sebagai hamba Allah adalah istiqamah. Jadi, carilah pendamping yang akan selalu mengingati kita agar kita dapat terus menjadi yang terbaik di mata Ilahi :)


Mula-mula kenal kekasih hati kini,
Dia bukan ciri yang daku cari.
Tapi intizam dan perubahan dia yang tinggi,
Buat diri ini rasa syukur sekali.
Dari zero dia tranform menjadi hero yg daku idami,
Betullah janji Ilahi niat baik pasti direstui.
Daku sebagai penasihat sambilan jika ada yang dia ragui,
Dan dia maintain sebagai buku untuk daku rujuki.
Maka kami saling melengkapi, 
Dalam mencari redha Ilahi.
Allahuakbar!

JADI
Jika dulu dia jahat, jangan dikau anggap dia keji.
Jika dulu dia tidak solat, jangan anggap dia xreti.
Jika dulu dia tak mengaji, jangan anggap dia buta hati.
Jika dulu dia suka berjoli, jangan anggap dia teruk sekali.
KERANA
Apabila Allah titipkan dia keinsafan di hati, mungkin iman dia lebih berganda dari iman orang lain.
Kerana dia telah mengenali asam garam dunia fana ini sebelum berakhir.
Untung kan sesiapa yg di uji
Barulah menarik hati untuk tingkatkan kualiti iman nanti.



Jom tanam azam bersama-sama. Nanti boleh berjiran di syurga. Pasti bahagia di sana. Tiada tolok tandingan setanding di dunia.




SNABA: Yong suka hari Jumaat sebab dulu jika hari Jumaat , habib akan masakkan sebab waktu rehat habib panjang hari jumaat. Heee.  Malamnya , lepas solat bersama dia akan cerita apa khutbah punya cerita. Seronok. Mula-mula habib mcm x biasa, bila acapkali yong tanya "abang..cerita la khutbah tadi tentang apa" , Lama-lama. dah jadi rutin yg konsisten buat kami berdua berkongsi ideologi masing-masing. hee
Esok audit luar, moga dipermudahkan urusan. Amin











.


Tuesday, 13 October 2015

Setelah Sebulan Tanpa Suami Tercinta :)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


14.09.2015-14.10.2015
Hari ini genap sebulan habib menghadap Ilahi,
Rindu itu sudah semestinya di hati,
Kenangan bersama akan mekar menjadi memori,
Hingga kita berdua bersatu kembali nanti,
Untuk daku kekal sebagai bidadari,
Tanpa ada dinding halangan lagi. 

..................................................................................................................................

Ya.
Yong redha.
Redha bukan bermaksud yong tidak akan menangis, tetapi akan menerima segala yang ditetapkan oleh Ilahi tanpa mempersoalkannya.
Kerana ada insan lain yang lebih hebat ujian Allah berikan.
Jadi, syukurlah.
Kerana Allah sayang, Dia masih memberi peluang yong rasa apa itu nikmat berumahtangga dan suami yang soleh serta keluarga mertua yang baik belaka.
Janji kita pernah merasa bahagianya sebagai suami isteri.
Biarpun seketika. 
Kan? Heee

Pertemuan kami sekadar bos dan kuli,
Tanpa disangka wujud keserasian di hati.
Saling melengkapi dan melindungi antara satu sama lain,
Tanpa dilafaz apa rasa di hati yg sedang bermain.
Perjanjian dibuat oleh dua jiwa.
Apabila iman si jejaka bertambah akan disunting gadis disukainya.
Alhamdulillah, kesungguhan si jejaka disambut baik oleh keluarga,
Lantas 29.12.2013 ditunangkan tanda restu Parit Buntar dan Jitra.
Pernikahan mereka sederhana tapi penuh meriah,
31.05.2014 saksi cinta dilafaz oleh si jejaka di hari bersejarah.
Begitulah pertemuan kami. Biasa sahaja. 
Kerana si jejaka tidak pernah meluahkan rasa cinta sebelum nikah.

Ketika dipakaikan gelang ini, habib cakap buat pertama kalinya
"Mie cintakan Yong sepenuh hati. Terima kasih jadi isteri Mie" ♡ ♡ 


Yong pula pertama kalinya membalas sambil menyarung cincin di jari abang
"Yong terima Abgmie seadanya setulus hati kerana Ilahi"

..................................................................................................................................

Abang…
Selalunya, abanglah alarm yong untuk bangun pagi hari-hari.
Kejutkan tanpa jemu penuh dengan kasih sayang lagi.
Kini yong berdikari seperti sebelum ni kembali.
Bangun pagi berbekalkan alarm teknologi yg abang beli.

Abang…
Tiap kali gaji, abang yang akan bayarkan duit rumah kereta semua,
Duit belanja yong abang akan susun siap di dompet sentiasa,
Sekarang yong dah belajar bayar segala benda,
Walaupun agak blur yong akan perbaikinya.

Abang…
Selama menjadi isteri abang,
Tak pernah isikan minyak kereta lagi,
Kini yong kena buat kembali,
Pasti akan yong rindui walaupun perkara sekecil ini.

Abang…
Kini jika makan yong perlu guna tangan sendiri,
Tiada suapan kasih dari si suami lagi,
Tapi abang jangan risau mahupun susah hati,
Kerana ayahumi dan adik-adik akan jadi mangsa yong slps ini. heee

Abang...
Dulu segala benda abang yang buatkan untuk yong,
Tanpa kata tapi dilaksanakan abang dengan sepenuh hati,
Yong pula akan patuh segala kerana abang lebih mahir dan matang,
Kini yong cuba adaptasi segala perkara yang telah abang beri.

..................................................................................................................................


Inilah arwah suamiku. Jika shopping, segala benda abang yg pilihkan. 
Yong?
Follow je pilihan si suami krn apa pakaian isteri hanya utk suami. hee
Love you Habib! 
Al-Fatihah kekasih hati~


SNABA: Habibku, thn lepas abang yg bacakan doa akhir tahun dan awal tahun selepas kita solat berjemaah. Semalam ayah yang bacakan sama seperti sebelum kita jadi suami isteri. Terima kasih kerana jadi yang terbaik untukku Syazni si cinta hati. Terima kasih kerana menjadi kenangan paling manis walaupun menangis itu wajib. Hee

















Salam Ma'al Hijrah 1437H !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Salam Ma'al Hijrah 1437H 

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT. Marilah kita berakhlak seindah Akhlak Al-Quran. 

Istajib du'a 'ana. Istajib du'a 'ana. Istajib du'a 'ana. 

B a r a k A l l a h ♡

SNABA: Moga Allah tetapkan hati kita tanpa membolak balikkannya boarpun seketika. Kerana kini mati tidak kira usia dan masa. Jom istighfar kawan-kawan sambil menunggu magrib menjelang. ^^,

Monday, 12 October 2015

13 Oktober ♡ Tarikh Lahir Arwah M A K ♡


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Mak... kita dua dah plan dah, birthday mak kali ini mak mahu set pinggan mangkuk macam di rumah yong tu. Hee
Tapi Allah lebih tahu yg terbaik. Love you Mak! 


Ini perjumpaan dua mata antara yong dan mak. Ketika majlis pertunangan yong dan abang ^^,

M A K
Biarpun memiliki kasihmu seketika,
Tapi byk kenangan tlh kita lalui berdua,
Berkongsi segala suka duka dunia,
Sungguh, dikau mak terbaik yg yong jumpa. ♡

M A K
Rindunya yong dgn suapan mak time sarapan pagi,
Pegang tangan mak bila berjalan makan angin persis psgn sejoli,
Dengar suara mak mengadu itu ini jika tak puas hati,
Nasihat dr mak yg damaikan hati dan positif sekali,
Mengaji berjemaah time pagi-pagi,
Menonton TV bersama dengan channel yg mak minati,
Belajar memasak daripada mak resepi kegemaran abgmie,
Dan pelbagai lagi yg tersemat manis di jiwa ini. ♡

M A K
Terima kasih kerana melahirkan dan mendidik suami yong Syazni
Terima kasih kerana menerima diri yong dengan ikhlas sekali
Terima kasih kerana sentiasa ada ketika gembira dan duka
Terima kasih kerana mengizinkan yong berbakti pd mak hingga hari terakhir di dunia. ♡

Yong sayang Mak sepenuh hati. 
Kerana ini semua anugerah dari Ilahi. 
Moga kita bertemu nanti di alam yang abadi. 
Al-Fatihah Mak Syazni.
 Siti Zainab binti Ismail. ♡

SNABA: Bagi daku, mak kandung mahupun mak mertua tiada beza. Kerana mereka adalah mak buat kami berdua. Tanpa salah satu, pasti kami tidak wujud. Alhamdulillah, syukran Allah kerana memberi kepada ku mak yang terbaik. Syukur :)
Bagi yg beranggapan mak mertua tetap mak mertua, malulah kamu sebagai wanita. Berubahlah. Pasti ada ganjaran besar dariNya nanti. Kunfayakun! 


Saturday, 10 October 2015

Selamat Jalan ke Syurga Suamiku Syazni ♡


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Wad 3C Katil 1 HSB    
17.08.2015
08.15 PM

"Adik, apa hubungan adik dengan pesakit ni?"
"Saya isteri Syazni doktor"
"Maaf ya, suami adik hanya boleh hidup sebulan sahaja. Kanser dia telah merebak ke seluruh organ sekitarnya. Adik kena bersedia dari sekarang. Adik juga kena maklumkan kepada Syazni tentang perkara ini agar dia tahu."
"Baik doktor. Terima kasih atas usaha doktor selamatkan suami saya tadi. Selepas ini kerja Tuhan saya pula."
 (dgn suara yg tenang beserta senyuman dia menuturkannya)

Hingga kini dia musykil, dari mana datangnya ketenangan dan kekuatan itu.
Memang dia terkejut dan amat sedih dengan perkhabaran yang diterima.
Tapi dibendungnya dengan Istighfar dilafaz dalam hati tanpa henti.
Dan percaya Tuhan pasti uji mengikut kekuatan diri kami berdua ini.

Selepas doktor pergi, dia tenang mendapatkan tangan suami dia yg baru keluar daripada bilik pembedahan maghrib tadi.
Walaupun masih sakit, si suami masih senyum manis kpd si isteri di sisi.
Ya Allah... sayunya hati!
Ya Allah, kuatkanlah iman kami untuk menempuhi dugaan ini.
Abang menggenggam erat tangan si isteri lantas dikucup penuh kasih.
Air mata pantas mengalir dan dibersihkan oleh si suami dengan lembut.

Lantas si suami berkata:
"Sayang...jika sayang cintakan Allah, abang yakin isteri abang akan mentafsir segala yang terjadi ini adalah cantik malah luas rahmat Tuhan buat kita berdua..ye?"
Sambil diusap pipi si isteri, suaminya menuturkan kata-kata tersebut.
Penuh lemah lembut umpama memujuk hati si isteri.
Diakhiri dengan hadiah ciuman di dahi beserta senyuman yg manis sekali.
Mungkin dgn harapan si isteri mengerti dan istiqamah positif barangkali.

Di dalam hati si isteri, adakah suaminya sudah mengerti apa yg doktor maklumkan tadi?
Tapi diabaikan kerana baginya Jodoh Pertemuan Ajal Maut rahsia Allah.
Sebagai hamba kita perlu redha dan tawakal selagi termampu.

Lantas meminta izin utk mengambil wuduk menenangkan hati yg gundah.
Solat istikharah dilaksanakan memohon kekuatan dr Yg Esa.
Bertemankan si suami yg setia di sisi.
Air mata kami berdua menjadi saksi betapa cinta kami berpaksikan kasihMu Ya Rabbi.


Semua ahli keluarga terdekat dimaklumkan perkhabaran si suami.
Bukan simpati yang si isteri mahu!
Tapi doa dan doa yang dipinta.
Agar dipermudahkan segala buat suami yang tercinta.

Syukur Alhamdulillah.
Ketika Allah tarik nikmat sihat dan menguji si suami dengan kesakitan.
Allah menghadiahkan keluarga yang baik-baik buat mereka suami isteri.
Abah datang waktu pagi memberi semangat baiki kesakitan si suami.
Abang ipar datang setiap petang berbekalkan makanan enak utk si isteri.
Ayahumi datang setiap hujung minggu menghidangkan apa yang si suami hajati.
Adik ipar dan adik-adik mendoakan tanpa henti kerana jarak yg membatasi.

Syukur Alhamdulillah.
Allah menghadiahkan kami berdua majikan yang baik hati.
Si suami masih dinaikkan tangga gaji kerana prestasinya sebelumnya ini.
Si isteri masih diberi cuti untuk berbakti sepenuh hati buat si suami.
Hanya Tuhan mampu balas jasa kalian di akhirat nanti.

Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Menghadirkan sedara dan sahabat yang sejati disamping kami.
Melawat tanpa jemu dan ramah sekali.
Menjadikan kami mewah kasih sayang dijiwa ini.

Syukur Alhamdulillah.
Dugaan ini menjadikan kami berdua lebih matang hidup di dunia fana ini.
Belajar menangani masalah dalam bentuk yg islamik.
Beruntungnya kami diuji untuk mendalami apa itu nikmat mensyukuri.
Memohon cahaya hidayahMu yg terbaik.

Sepanjang si suami sakit barulah si isteri tahu betapa kuatnya suami yg dia kahwini itu.
Tidak pernah sekali persoalkan takdir yg Allah beri.
Sebaliknya dia berjuang hingga ke saat akhir.
Menangis sakit di hadapan isterinya jauh sekali.
Selalu bersyukur Allah satukan kami.
Kerana bagi si suami, isterinyalah penguat iman di hati.
Terima kasih Ilahi satukan kami.
Untuk menjadikan kami saling melengkapi.
Biarpun dalam masa yang singkat ini.

Suamiku tercinta Syazni...

First operation : 22.06.2015
Pertama kali melihat suami yg selama ini melindungi diri ini terbaring lemah menahan sakit, sayunya hati. Pembedahan pertama ini abang sukar untuk mengawal emosi. Mudah marah dan kemudian dengan mudah juga memohon maaf keterlanjuran diri. Mula-mula agak sukar yong hadam segala rasa kerana selama kita bersama, abang romantik dan lembut dalam berkata-kata. Tapi yong positifkan minda dan fikir ini ujian buat kita berdua. Sabar. Pasti ada hikmah segala rasa ini.
Abang, malam tu abang urut kaki yong curi-curi sambil selawat! yong tahu...
Abang, stp kali yong tidur, abang mesti cium dahi yong & ckp "love you afiqah"! yong tahu...
Abang, dulu abg selalu follow yong smpai rmh bjg diam-diam! yong tahu...
Abang, yong tahu macam-macam yg abang korbankan utk memastikan yong selamat tapi yong tak pernah mempersoalkannya kerana yong kenal siapa Syazni yg yong sayang. Jenis tak reti berkata-kata tapi beraksi melalui tingkat laku semata-mata :)
Terima kasih abang~
Pelindungku yang setia ^^,

Second operation : 17.08.2015
Pembedahan kali ini abang lebih tenang. Keluar sahaja daripada dewan pembedahan, mata abang terus mencari kelibat yong. Hee. Terus yong berlari mendapatkan abang dan mengiringi abang sambil berpegang tangan hingga ke wad. Tapi, hasil pembedahan tidak setenang wajah abang. Allahu...
Perjuangan abang sepanjang di hospital sangat mengagumkan yong. Beruntungnya yong menjadi isteri Syazni~ Kenangan kita di sana pasti akan yong abdikan selamanya. Manis sangat abang :)

5.00am: Abang kejutkan yong untuk mandi & solat tahajjud mcm selalu. Yong akan ambilkan air untuk abang ambil wuduk. Kemudian sama-sama kita mengalunkan ayat Al-Quran sambil menunggu subuh.
6.30am: Yong akan bersihkan diri abang dan menukar pakaian dan cadar sbb abang jenis pembersih dan kemas orangnya. 
7.00am: Yong perlu keluar dari wad sbb Dato Wan akan melawat semua pesakit. Jadi sebelum yong keluar, yong akan pastikan abang buang air kecil, bersihkan beg colon abang dan letakkan air zam-zam di tepi abang agar mudah dicapai. Jadi, time ini yong manfaatkan dengan makan pagi merangkumi petang dan membeli apa barang yg abang pesan di kedai serbaneka di HSB. Sebelum keluar, yong akan salam abang dan cium dahi abang. Abang pula akan ucap, " I Love You Afiqah", heee.
9.00am: Abang akan call yong suruh yong masuk wad. Yong akan ambilkan abang wuduk. Kemudian kita sama-sama solat dhuha dan yong membaca Yassin sambil diperhatikan oleh abang. Abang selalu ckp " Sayang, boleh tak baca dengan bersungguh-sungguh, nnt mcmana syg nk bc utk abang jika tajwid semua lari...Jgn la laju-laju mcm di asrama, abg nk pelan2". Jadi keesokkannya yong akan sentiasa mengupgrade hingga abang puas hati. :)
10.30am: Kita akan tidur sekejap sebelum waktu melawat tengahari. Abang tidur di katil, yong pula dibangku. Hanya tangan kita yang bersatu dan genggaman erat hingga terjaga.
12.00pm: Abang akan lapar, jadi yong akan ke cafe belikan teh ais, apple juice dan oren juice serta gula-gula. Hanya ini sahaja yang abang jamah sepanjang di hospital. Nurse pun terkejut sebab abang kuat walaupun hanya minum dan tenaga daripada gula-gula. Kuasa Tuhan kan..Yong selalu ingatkan abang yg semua ini kerana Allah syg abang dan yong.
12.30-1.30pm: Orang datang menziarah.
1.30pm: Yong akan ambilkan air untuk abang berwuduk. Kita solat bersama-sama, abang di katil dan yong di sisi abang ^^, Selesai solat, kita akan mengaji berjemaah. Rindukan saat ini... Allah uji kita supaya kita boleh honeymoon dalam cara yg istimewa ini abang~ Kan? hee
Kita akan bersembang berdua dan tangan kita sentiasa bersatu. Erat. 
Abang ingat x, nurse bg panadol utk abang spy bdn abang kuat, tp abang suap pd yong? Alasannya agar yong kuat utk jaga abang nanti. Abang kata abang kuat jika yong kuat :)
Abang ingat x, yong maklumkan pd abang yg yong period, abang gelisah sgt. Sebab selalunya abang akan tuamkan air suam di perut yong sbb x mahu yong senggugut. Time tu drastik abang pegang perut yong dan cakap " Perut..tolong jgn meragam ya. Afiqah kena kuat utk jaga Mie ni. Tolong ya" Haha.. Nak tergelak yong dengan tindakan abang tu, terus yong capai tgn abang dan ckp, "Abang, sama-sama doa agar Allah permudahkan dan yong kuat okey?" :)
Abang ingat x, doktor panggil yong haritu, kemudian bila yong balik ke katil abang panggil yong. "Sayang, mai sini jap". Terus abang peluk yong. Kuat. Abang bisik "Abang kuat, sayang jangan risau. Sayang kena redha je. Sebab abang cinta isteri abang yang satu ini". Terus yong nangis teresak-esak di dada abang. Puas. :)
4.15pm: Yong akan ambilkan air utk abang wuduk, dan kita tggu waktu asar masuk bersama-sama spy tdk mengganggu waktu org dtg menziarah nnt.
4.30-7.00pm: Orang datang menziarah.
7.15pm: Yong akan mandikan abang dan tukar pakaian baru serta ambil air utk wuduk siap-siap. Kemudian baru yong mandi dan kita solat bersama-sama lagi. Habis solat kita mengaji hinggalah Isyak.
12.00am: Baru syg nyanyikan Asma Husna,dan selawat untuk tidurkan abang mcm selalu :) Sebelum tidur mesti kita bc doa tidur, 4 Qul dan mengucap dua kalimah syahadah bersama-sama. Yong akan salam abang mcm selalu dan mohon ampun kslhan hari tersebut, abang pula akan cium dahi yong dan cakap, "Abang sayang Afiqah dunia akhirat. Tiada apa yg perlu dimaafi" :)
Begitulah rutin sebulan di HSB

Third operation : 31.08.2015
Sebagai ummat Islam, kita disuruh ikhtiar sebelum menyerah. Disebabkan abang tidak demam dan batuk sepanjang di HSB, kita cuba ikhtiar cara islam. Kami pergi ke Melaka dengan ambulans. Balik dari Melaka kami check in HSB kembali. Pg tu nurse buka stepler perut abang wlpn nampak mcm nk terburai isi perut tu. Tghari 31.08.2015, ketika nurse tukar dressing perut abang, usus abang mmg terburai. Allahu... TAPI abang sangat-sangat tenang. Yong yg jadi gelabah dan serba tak kena. Abang masih senyum pada yong dan cakap "Allah ada sayang, jgn risau. Sayang pergi baca Yassin utk abang ya?".
Abang operate 11.30pm, dan keluar 2.00am. Mmg doktor sudah maklumkan pd yong yg peluang abang hidup 10% sahaja sbb dlm masa 2 mnggu operate lagi sekali. Tp yong berserah semuanya pada Allah. Alhamdulillah, abang sedar malah awal daripada sepatutnya. Kuatkan suami yong :)
11.09.2015: Jumaat ni abang ceria sangat. Abang minta yong sabun dan shampo kan abang. Malah potong kuku tangan dan kaki abang. Abang tanya yong "Awak, abang hensem x?". Yong senyum dan cakap "Abang, abang tetap paling hensem di hati dan di mata yong. Selalu :)". Sengeh abang dengar yong cakap begitu. Heee. Kemudian abang tanya, "Awak, Rasulullah wafat hari Isnin kan?". Yong jawab, "Pandai suami yong ni. Tu yg yong sayang tuh!" Sambil hadiahkan ciuman di dahi abang. Makin lebar senyuman abang. Waktu ini, abang sudah tak dapat kawal otot di wajah abang lagi, malah telinga abang juga telah jatuh. Tengahari tu, abang ajak yong tidur atas katil berdua dengan abang. Yong turuti dan buat kali terakhir yong tidur berbantalkan lengan suami yong yg cintai. Abang usap pipi yong dan abang menangis. Abang tak henti ucapkan maaf pd yong sebab masa abang dah hampir dan abang mohon maaf susahkan yong selama ini. Yong peluk erat abang. Yong senyum dalam tangisan dan kata, "Sungguh, abang suami paling sempurna di dunia fana ini. Apa yg yong buat ini adalah tugas isteri bt suami plg yong cinta. Mana tahu pahala ini boleh buat yong jadi bidadari abang di syurga nanti? Abang tunggu yong dan Aulia kita ea?". Selesai yong ucap, abang peluk yong erat dan  cakap, "Siti Nurul Afiqah Abdullah, mie cintakan awak sampai mie mati. Maafkan mie sebab x dpt terus jaga awak slps ni. Awak kena berdikari dan redha na?". Tiada jawapan daripada si isteri, hanya anggukan dan tangisan menghiasi bilik hspital tersebut. Tangisan meredhakan antara satu sama lain, sebagai hamba di dunia ini. Tiada siapa tahu hati kami berdua ketika itu. Tidurnya kami di pelukan masing-masing. Nyenyak sekali.
Bangun daripada tidur, yong solat zohor. Abang mula berubah. Meracau tidak tentu arah. Minta ayahummi datang jumpa dia. Lepas asar ayahumi dan abah datang. Ayah, abah dan yong bawak abang ke cafe. Abang teringin keluar jalan-jalan katanya. Senyuman tak lekang daripada bibir abang sepanjang ke cafe. Malam tu, kami semua buat bacaan Yassin.
12.09.2015: Abang bangun mcm biasa dan mahu yong ambilkan air utk abang berwuduk. Abang banyak diam dan panggil hanya untuk minum air sahaja. Alunan ayat Al-Quran sentiasa dipasang di bilik.
13.09.2015: Oksigen dalam badan abang kurang mendadak. Doktor telah berikan bantuan yang paling  maksimum. Disebabkan oksigen kurang, abang tidak dapat beri respon. Hanya air mata mengalir dan sebutan Allah tak lekang daripada bibir abang :). Semua sedara datang menziarah dan buat bacaan Yassin scr berjemaah serta solat Hajat utk abang. 
Disebabkan abang tidak bercakap, yong terpaksa pakaikan pamper agar abang tidak terkena kuman jika kencing. Alhamdulillah, yong masih memelihara aurat abang hingga hujung hayat seperti yg abang minta. Semua yong buat sendiri. Ayah dan adik-adik hanya tolong mudahkan sahaja. 
Abang, benarlah janji Allah, bagi sesiapa sabar menghadapi sakit, insyaAllah Allah ingin memberikan syurga yg tinggi dan naikkan darjat. Abang buang air besar melalui punggung! Hampir 4 bulan abang menggunakan stoma bag, kini di akhir hayatmu suamiku, Allah memberimu nikmat ditempat yang betul. Berbahagialah sayang...:)
14.09.2015: 2.00am baru yong bergilir jaga abang. Sebelum itu ummi. Yong alunkan Al-Mulk tanpa henti di telinga abang. Air mata abang mengalir tanpa henti. Jam 4.30am:
Yong cium dahi abang dan berkata "Suamiku Syazni, isterimu Afiqah mencintaimu sepenuh hati. Selalu abang tanya, knp syg setuju jd isteri abangkan? Sebab abang yg hadir dalam solat istikharah sayang. Kerana itulah sebab sebenar-benarnya."
Yong cium telinga abang dan berkata "Suamiku Syazni, mohon ampuni segala salah silap isterimu Afiqah ini. Sungguh isterimu manusia biasa dan memohon rahmatmu utk kehidupan selepas ini".
Yong cium pipi abang dan berkata "Suamiku Syazni, terima kasih kerana menerima isterimu Afiqah ini dengan tulus dan ikhlas. Terima kasih sayang kerana mencintaiku hingga saat ini. Sayang cintakan abang sangat-sangat-sangat."
Yong cium dada abang yg penuh dengan wayar dan berkata "Suamiku Syazni, doakan sayang sekuat abang melayari kehidupan fana ini. Sungguh sayang takut hidup tanpa abang, jadi mohon abang doakan isterimu Afiqah ini memiliki kekuatan hati terhadap Allah spt abang."
Yong cium tangan abang dan berkata "Suamiku Syazni, isterimu Afiqah meredhai perjalanan mu ke syurga. Sungguh isterimu tidak sampai hati melihat dirimu terseksa begini sayangku Syazni."
Yong menangis di bahu abang. Laju air mata abang mengalir. Cepat-cepat yong bisikan kalimah syahadah pd abang. 
Tepat jam 5.30am disisi yong, dengan tenang dan mudahnya, suamiku Syazni menghadap penciptanya. Perlahan-lahan genggaman dijariku longgar. Diraih tangan itu dan dikucup lama. Menangis. Ayah ummi dan adik-adik membiarkan yong menangis. Ayahummi dan adik-adik mengurut sendi-sendi abang agar dimudahkan nanti. Sesudah itu, kami ke surau menunaikan solat Subuh sambil pihak hospital settlekan apa yg patut.

 Hingga kini, senyuman jenazah abang masih di memori.
Wangian abang masih boleh dibayangi.
Teletah abang masih yong ingati.
Moga kita bertemu di alam abadi nanti.
Al-Fatihah habibku Syazni...


SNABA: "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali"
Terima kasih diucap sepenuh hati buat insan sekeliling yg banyak memberi hingga buat diri ini malu. Hanya Tuhan bisa membalas jasa kalian. Ayah Ummi Abah AbangMan Wan Raudhah Angah Awe Awisy Adam , syukran sentiasa disisi, beri kekuatan luar biasa. Sayang kalian semua di dunia dan akhirat nanti. B a r a k A l l a h