Monday, 5 October 2015

Raya Korban Pertama Tanpa Habib Tercinta! (^^,)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim



Takbir raya sudah berkumandang di corong radio dan kaca televisyen.
Dia tekun membersihkan bilik yang berdebu.
Hampir 6 bulan bilik tersebut dibiarkan sepi.
Kerna dia dan suami setia di Jitra (rumah parents habib).
Tanpa sedar dia telah mengeluh.
Allah..rindunya hati ini.

Dia rindukan segalanya tentang Mohd Syazni bin Rahim!
Dia rindukan mulut yg acapkali menasihati bila syaitan menghinggap diri dia.
Dia rindukan wajah yg sentiasa manis walaupun dia tahu habibnya penat 12jam bekerja untuk keharmonian keluarga di dunia.
Dia rindukan tangan yg gemar melaksanakan kerja rumahtangga dan genggaman erat memastikan dia tidak sesat jalan walaupun sesaat.
Dia rindukan kepala yg setia terhadap dia yg satu. Kepala itu jua gemar hinggap di paha ketika dia mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dan menonton televisyen.
Dia rindukan telinga yg selalu ada apabila dia ingin berkongsi masalah. Telinga yg sentiasa sensitif terhadap diri dia.
Dia rindukan kaki yang sentiasa membawanya ke tempat yang Allah sukai.


H A B I B...
Beruntungnya dia memiliki mu biarpun seketika.
Terlampau banyak yg dia terima biarpun tidak meminta.
Kasih sayang dicurah dengan penuh setia berpaksikan Yang Esa.
Solat dia dikau pastikan terjaga disulami Al-Quran dibaca olehnya sentiasa.
Aurat dia dikau pelihara demi keredhaan untuk bersama di Jannah.
Tingkahlakunya kau nasihati kerna ia lambang kehormatanmu selaku suami.
Diri dia kau awasi agar tidak terpesong arah walau seminit.
Segala tentang dia dikau jadikan utama hingga dia mewah rasa.
Buat dia hanyut dalam kasih yang tiada nokhtah.
Tapi kini. . .
Dia perlu bangun semula adaptasi segala yg dikau ajar.
Belajar berdikari menjadi wanita yang boleh serba serbi.
Akan terus menjadi anak yg berbakti seperti yg dikau ajari.
Dia redha kerna dikau cinta sejati hadiah terindah dari Ilahi.
Moga dia menjadi bidadarimu di alam abadi nanti.
Kerna itu moto dia kini maka berlari menambah iman diri.
Dikau sentiasa dihati, biarpun alam memisahkan kita berjumpa kini.
Jadi dia kuat secara semulajadi sbb Allah sentiasa di sisi dia kini (^^,)
Maafkan dia wahai habib!
Maafkan segala.
Dia cinta habib sentiasa.
Kita jumpa di sana nanti.
Love u! :)
Al-Fatihah habibku~



SNABA: Betapa Allah mencintaimu habib... tak tertanding sayangku padamu :)
Mungkin Allah tahu, habib xdpt kawal diri drp makan daging korban nnt barangkali?
Eh? hee... KUNFAYAKUN.
Terima kasih Ya Allah atas kehidupanku mengenali suamiku ini. 
Sungguh aku syukur! :')
Sikitpun tidak ku mahu undur masa lalu. Tiada kesalan.
Kenangan jua blh mengenyangkan jiwa yg rindu.
Sungguh! Hanya yg laluinya akan tahu...


3 comments: