Wednesday, 16 November 2016

Syurga Saya



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



''Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?''
(QS Ar-Rahman : 13)



Setiap kali ditatap gambar ini,
Jiwa lembut ini terasa syukur,
Hati ditiup sayu,
Hidup didakap bahagia.
😊



Alhamdulillah.
Daku bukan lahir dari lombong emas.
Bukan jua dari lombong bijih.
Tapi daku lahir dari keluarga yg sederhana.
Baik agamanya, akhlaknya mahupun hartanya.
Kerna sederhana itu sifatnya merendah.
 Di mana di dalamnya tiada si angguh mahupun si riak.
Namun wujudnya si syukur dan si menghargai.



Daku insan hina.
Makhluk biasa yg sentiasa cuba menjadi luar biasa.
Baik dunia, malah akhirat sana.
Jk sebelum ini buat si suami tercinta, namun kini hakiki buat keluarga segalanya.
Yg utama bagiku kini adalah Aulia.
Masa depannya harus ku corak.
Biarpun perjalanan hidupnya mungkin tidak semudah insan di luar sana.
InsyaAllah, doa ummi akan luruskan jalannya.
Moga Allah dengar rintihan kita.
Untuk anak-anak membesar dalam rahmat yg Esa.



Ya,
Anakku Aulia tiada ayah.
Namun dia ada daku.
Bila sampai masanya, jika Allah izinkan jodoh buatku.
Pasti daku terima dgn berlapang dada.
Bukannya ditolak mentah-mentah.
Cuma bagiku biar segalanya jadi ikut corak yang Kuasa.
Kerna hidupku kini lebih fokus buat masa depan Aulia.
Dan bukan cinta fatamorgana dunia.
Kerna tidak semua semulia kata-kata dikota.



.................................................................................................................................



Buat Syurgaku KINI,

Andai bisa ku undur waktu,
Akanku pastikan hidupmu umpama baldu,
Lembut dan syahdu setiap detik berlalu,
Untukku tangkap syurgamu itu.

Betapa untungnya daku,
Diciptakan dari benih cintamu yang jitu,
Yang disemai dengan ilmu tanpa jemu,
Dan kasih sayang mendidih sepanjang waktu.

Kini daku telah menjadi ibu serta ayah buat cucu kalian,
Berat, namun kalian sentiasa tunjukkan jalan,
Buatku kuat harungi ujian,
Biarpun terkadang tersungkur dek dugaan.

Jika Syazni cintaku separuh mati,
Kalian cintaku sepenuh hati,
Aulia cintaku melebihi diri,
Dan adik2 cintaku sampai krepot nanti.

Moga Allah rahmati kita semua hingga penghujung cerita nanti.
Allahumma amin.
💝


................................................................................................................................



Aulia bersama Tok Ayah dan Tok Ummi.



Ayahku namanya Abdullah Ismail.
Suara kuat gegaq dunia.
Muka berubah ikut suasana.
Tapi penyayang dalam tegasnya.
Suami terbaik dimata kami berlima.

Ummiku namanya Siti Khalijah Mohd Salleh.
Manis senyumannya menggoda.
Sesedap masakan hasil dari tangannya.
Pendamping paling lembut dalam tutur kata.
Menjadikan kami kaya kasih dunia.


Kawan-kawan,

Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih di dunia.
Kerna ketika nyawa dicabut dari jasad,
terputuslah doa yang didambakan semua umat bernafas.
Moga kita menjadi anak bermanfaat buat mereka Duniawi dan Akhirat.
''Fi Hifzillah'' 😘
 - Moga Allah sentiasa menjaga dia-





SNABA: Yong baru tahu yang ummiku sanggup melepaskan pangkat dunia demi kami berlima lebih terpelihara. Jika x, GB lah ummiku. hee. Alhamdulillah, syukur kerna kurniakan ummi yang menjadikan kami lebih utama dari segala. Pengorbananmu tiada beda. Moga Allah mengangkatnya di alam abadi sana. Akak sayang ummi!! 💑👸



Monday, 7 November 2016

"Ajar anak ikut cara kita, bukan kita kena ikut cara mereka"





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم








Ini ayat yg ayah kakyong ajar. Memula ayah ckp, trus zuppp! Msk otak plus sentap sbb dahulu akan solat selepas Aulia tidur. Hee 😂.
Bg yg ada suami, mungkin blh bergilir solat mahupun berjemaah dgn smbg hjgny utk dpt ganjaran berjemaah. Tp anak msih diawasi oleh kt dlm keadaan nyata.
Bg yong solo mahupun ibubapa pjj, kt harus pandai mendidik anak mengikut cara kita.
Aulia mmg dr baby dibawa msk surau/masjid. Letak Aulia di sisi, dan kita solat. Biar anak melihat wajah kita 😊.
Tapi semenjak Aulia aktif merangkak travel dunianya, kakyong guna pendekatan minat. Aulia sgt suka sejadah pink tu. Jd hampar sejadah disebelah dan letak mainan yg Aulia suka. Dan dia akn stay disitu hingga selesai dan blh mengaji sekali bersama! Hanya sesekali Aulia akan cium kepala kakyong jika kakyong sujud 😂. But its okey as long as dia x pergi merayap merata.
Lg satu tips, kakyong akan solat dan sebut bacaan agar Aulia jua dengar. Jd dia akan ingat ummi dia sembang dengan dia dan stay silent. Dan dlm ms sama, Aulia akan serasi dengan ayat basic dalam solat.

Moga Allah restu 😘
Allahumma amin..




SNABA: Sayang...Aulia dah pandai memanjat lani. ODW nak berjalan. Kami rindu abang, sangat2. Salam Sayang, Al-Fatihah...

Wednesday, 2 November 2016

Setahun berlalu laju 😊


Assalamualaikum sahabat semua.



Anak kita abang, Auliatul Syazni :)



14.09.15 - 14.09.16

Setahun telah berlalu.
Bagai mimpi masih baru.
Tidak kuduga pantas masa cemburu.
Namun memori itu masih gebu.

Kali terakhir kita bersentuh.
Masih bisa ku rasa haba darimu itu.
Segar bagaikan semalam ia berlaku.
Bekalan bila rindu serbu.

Abang...
Detik terakhir hayatmu masih daku ingat.
Senyuman akhirmu amat menawan.
Pergimu dipangkuanku seperti dikau mandat.
Semoga 

Rindu?
Sudah semestinya.

Sunyi?
Masih ada keluarga penuhi zarah-zarah kekosongan yang berlubang.
heee

Sedih?
Tidak sesekali.
Syukur menjadi hak Syazni biarpun sedetik.



Abang...
Yong terima dengan hati yang tulus.
Semuanya.
Betapa beruntungnya yong.
Menjadi isteri abang.
Biarpun seketika.
Lebih baik dari tidak.
(^_________^)


..................................................................................................................................





Bukan mudah digali hormon kekal kuat dihati.
Namun gigih demi insan peka di sekeliling.
Yang lihat mungkin duga sudah dilupai,
Ketahuilah memori itu sukar dipaling.


Daku paku dalam-dalam agar berbekas,
Bila terlintas ia bermanfaat,
Sebagai batu ukur supaya tidak bebas,
Kerna yang ikhlas sukar untuk dapat.


''Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu.''
Lagu Dasyat - Mojo
Part ini memang kegilaan abang,
Sentiasa ditekankan perasaan cinta itu,
Ya, Yong yakin kesetiaan abang tiada tanding,
Moga Syurga tempatmu beradu,
Kerna dikau layak sayang,
Peralihan dikau buatku haru.



SNABA: Pergi Cameron dengan adik-adik. Moga ukhwah kami 5 beradik kekal hingga syurga Allah. Amin


Wednesday, 7 September 2016

Senyum


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





"Yong, nanti Allah akan ganti yang lebih baik untuk Yong, jangan risau."
"Yong, dah ada pengganti ka?"
"Yong, bila lagi nak kahwin. Nanti makin lama makin tua."
"Yong, nak kami tolong carikan jodoh ke?"
"Yong, hidup kena diteruskan. Cari ayah untuk Aulia."
"Yong, si A nak kawan dengan Yong. Nak x?"
"Yong, asyik kerja seminggu 7 hari. X sayang anak ke?"


Jawapan Yong?

SENYUM
(save answer kan, heee)


Ya.
Ramai insan yang prihatin di sisi Yong.
Mengharapkan yang terbaik buat Yong di dunia.
Yang ingin melihat Yong berpasangan di hari tua.
Mahu Aulia dibesarkan bersandarkan kasih sayang seorang 'ayah'.
Impikan Yong dan Aulia bahagia di hujung ketika.
Alhamdulillah.
Yong amat berlapang dada.
Kerana niatnya amat mulia.
Moga Allah membalas pahala buat kalian semua.


...................................................................................................................................

Bukan ku masih berduka lara.
Apatah lagi tidak redha.
Cuma biarlah masa tentukan segala.
Kerna ku percaya aturan yang Esa.

Tidak perlulah tergesa.
Kerna bagiku kini sudah selesa.
Bermanja dengan ahli keluarga.
Dan berdua dengan Aulia.

Hakikatnya bukan mudah.
Untukku curang kekasihku yang setia.
Kerna dia tidak pernah mengalah.
Membuktikan cinta memiliki kuasa.

Ramai bilang anak tanpa kasih ayah tidak bijak.
Buatku termenung beremosi segala.
Lantas sejadah ku jejak.
Moga Aulia membuktikan songsangnya.

Cinta itu buta.
Ya.
Amat buta.
Hinggaku rindu biarpun nyawanya tiada.
Rasanya itu umpama gila.
Kan?
Hahaha

Ketahuilah.
Memorinya bukan biasa-biasa.
Insan pertama buatku bahagia.
Hargaiku umpama anak raja.
Lamarku untuk bersamanya ke syurga.
Kasihnya hanya buatku satu sahaja.
Utamakan daku dalam segala kerja.
Belajar upgrade diri sebagai ketua keluarga.
Untuk berjemaah ke Jannah sana.

Daku bekerja untuk masa depan Aulia.
Penat usah dikata sesaat.
Kerna sekudrat usaha penuhi impian.
Namun diikat agar tiada bocornya.
Agar dunianya berjalan pesat.
Itu tanda sayangku hingga beruban.


.......................................................................................................................


Terima kasih.

Ya.

Terima kasih kerana prihatin.
Tiada jawapan yang bisa diucap.
Moga 'senyuman' penyelamat soalan.
Biarkanlah ia terus tidak terungkap.




SNABA : Mummyngah dah nak kawen, rindu la =.='. Moga Aulia dijaga  oleh insan mulia nanti. Amin...



















Monday, 5 September 2016

Abang's 32th Birthday


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






06.09.1984 - 06.09.2016

Happy Birthday Syazniku Sayang !!!

Selalu sayang akan wish gitu pada abang kan ...
Dan respon abang?

Sengeh
dan hadiahkan pelukan tanda syukran.
dan ciuman dahi tanda menghargai.
Bahagia!
Ya, kami berdua bahagia.
Dalam posisi yang tersendiri.

Moga kalian juga bahagia dalam perspektif kalian.
Amin...

.................................................................................................................................



Syukur.
Ya.
Syukur menjadi isteri Syazni biarpun 1tahun 4bulan 14hari.
Alhamdulillah..

Betapa rentetan Allah itu indah.
Ditemukan kami selaku bos-kuli.
DiizinkanNya untuk kami berdua menikmati manisnya berumahtangga.
Diuji ujian kecil dengan kehilangan demi kehilangan zuriat kami berdua.
Dimurahkan rezeki kami untuk memenuhi kehendak masing-masing.
Dugaan hadir menguji kesetian, kesabaran, kefahaman dan kepercayaan masing-masing.
Malah dugaan yang menjadikan kami lebih dekat dengan Nya.
Sakit yang menyemarakkan lagi kasih sayang antara kami.
Kerna sakit itu umpama alarm buat kami.
Untuk lebih menghargai setiap detik bersama.
Sebagai memori teragung untuk disimpan.
Selagi Allah restu.
(^^,)


Kawan-kawan,
Ketahuilah rahsia disebalik sakit yang Allah uji itu amat INDAH!

Kalian dapat mengenali hati budi pasangan masing-masing.
Ya, kerana perasaan insan yang diuji ini berbolak balik dan tidak stabil.
Jadi sebagai pasangan, kita harus menjadi air yang mendamaikan buat mereka.
Cukuplah kesakitan yang ditanggung mereka.
Gembirakan hati mereka selagi termampu.
Lunaskan permintaan mereka ikut kudrat.
InsyaAllah, dua-dua pihak akan melayari detik indah bersama.
Hingga hujung masa.

Kesakitan juga asbab reunion yang tidak dijangka.
Dengan sakit, Allah bukakan jalan pertemuan kita dengan kenalan lama.
Setiap sahabat hadir dengan rahmat Allah dan doa yang tersendiri.
Mungkin ada doa yang Allah dengar untuk keajaiban.
Semuanya dariNya dan kepadaNya.
InsyaAllah.

Nikmat sakit paling besar kepada pesakit adalah redha.
Redha bukan mudah diraih tanpa hati yang tulus.
Kita dapat melihat bertapa hebatnya mereka melawan sakit yang Allah uji.
Redha bukan bermakna berserah bulat-bulat tanpa usaha.
Tapi ikhtiar dan redha dengan ujian.
Secara tidak langsung akan wujud sifat positif.
'Allah uji kerana sayang pada aku.'
 'Aku harus kuat dan bukannya menyalahkan takdir'
Redha melahirkan semangat yang luar biasa.
Ini saya sendiri melihat manisnya redha kerana Allah.

Ujian sakit juga membuka mata siapa sahabat dunia akhirat kita.
Sahabat sejati akan sentiasa mendoakan kebaikan.
Beruntungnya Syazni yong kerana dikelilingi sahabat sejati.
Setiap kali hujung minggu, sanggup datang melawat.
Malah ada yang beli itu ini sebagai ikhtiar biarpun mahal.
Allah... Mulianya jiwa mereka.
Pernah sekali yong balik rumah abah untuk ambil baju bekalan. Arwah call,
'Sayang ada mana? Abang nak buang air kecil... Sorry'
*Sayang baru nak sampai Jitra abang. Jap sayang patah balik.*
'Sayang, xpe... Kwn abg hat misi laki tu tlg abang dah. Hati2 drive. Abang tunggu'
*Alhamdulillah. Baik abang. Tunggu sayang na*
 -KunFaYaKun...insyaAllah Allah bantu-


.................................................................................................................................




Abang,
Someone who loves my laugh, smile, voice and the things that I says!
I love you because of Allah,
and I knows Allah will love you more than me.
insyaAllah, aminn :)

Selagi yong mampu mendoakan, 
abang akan sentiasa wujud dalam setiap bait doa yong.
Wajib.






Abang,
Moga yong mampu mengalas tanggungjawab sebagai ayah dan ummi buat Aulia kita.
Alhamdulillah, Aulia kita kuat mcm ayah dia. heee
Montel follow ummi dia. haaa
'Aulia sayang ayah!!'


......................................................................................................................


Al-Fatihah
Moga tenang Syazniku di sana.
Amin ya rabbi..


Doa buat semua sahabat yang telah kehilangan insan tersayang: (gantikan nama insan kalian ya)
"Wahai Allah, ampunilah Mohd Syazni Rahim, naikkanlah darjatnya di antara orang2 yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yg masih hidup. Ampunilah dia dan kami wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."




SNABA: Rindu yang tidak mampu dilafaz. Akan ku titipkan surah kegemaranmu selagi ku mampu. Kami sayang abang!



Wednesday, 31 August 2016

Tasbih Fatimah R.A.


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Jom sama-sama kita amalkan :)

Allahumma amin



Friday, 19 August 2016

Cuba Hadam



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Kekadang hidup ini kita lebih mahu menggembirakan orang lain.
Puaskan jiwa orang lain biarpun terpaksa korbankan diri sendiri.
Hadap segala kesakitan demi ketenangan orang lain.
Moga ikhlas yang dihulurkan memperolehi keredhaan hati dari Ilahi.


Putus asa dibuang jauh dari diri.
Trauma disekat agar tiada yang sakit.
Benci dihadam demi simpati yang meninggi.
Dengan harapan perjalanan lebih selamat.


Manusia ini.
Hanya kami yang kenal sendiri.
Hidup dengan satu niat dalam hati.
Mengejar kegembiraan abadi.


Hakikatnya kegembiraan itu sukar untuk diimpi.
Entah mengapa kegembiraan makin menjauh membawa diri.
Sudah cuba untuk mendekati.
Malang...ia bagai tiada erti.



Terkilan?
Mungkin ya.

Sedih?
Semestinya.

Trauma?
Sudah belajar untuk maniskan wajah biarpun dusta.



Mengalah bukan beerti daku kalah.
Mengalah bukan bermakna daku akan terus rebah.


Namun daku ambil masa untuk terus bergerak.
Biarpun sekadar merangkak.
Abaikan bisikan jiwa yang dusta.
Hanya ikhlas berjaya diakhir cerita.


Gerak sahaja.
Buang anasir jahat menggasak minda.




SNABA: Ditendang kali ke berapa entah.. Moga Allah bersamaku dan kalian semua sentiasa. Amin :)


Tuesday, 2 August 2016

InsyaAllah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Dua cinta yang tidak pernah berbuah kecewa:

'Cinta kepadaNya & Cinta keranaNya'



Mohd Syazni bin Rahim...
Moga Tuhan menyayangimu seperti mana engkau telah menyayangi diriku :)



Yong sayang Abgmie! hee



SNABA: This month so busy. Sorry my Aulia sebab ummi kurag spend time dengan Aulia. InsyaAllah hujung tahun kita holiday ya sayang. TQ family selalu jagakan Aulia dengan kasih sayang bt Aulia akk <3




Saturday, 2 July 2016

Abang 😇




Abang...
Yong rindukan abang.
Sangat.
Sangat.


Manakan ku cari suami sepertimu.
Menjaga hatiku selalu tanpa jemu.
Tidak pernah buatku gundah.
Malah tempat buatku lepas lelah.


Manakan ku cari suami sepertimu.
Jadikan hidupku mewah rasa cinta.
Hidupkan selalu nikmat rindu.
Hingga tiada kata luahkan rasa.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Masak ketika kerjaku menimbun.
Hantarkan ketika daku perlu.
Nafkah diberi tanpa dilupakan.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Akan berusaha penuhi hajat diminta.
Biarpun terkadang masa menghadkan mu.
Namun demi daku dikau usaha.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Pastikan keperluan ku lengkap sentiasa.
Hiburkan ketika daku rebah.
Ajar daku sabar hadap mehna dunia.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Kejutkan daku tahajjud berjemaah.
Imamkan daku selagi termampu.
Bersama membaca ayat Allah.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Sentiasa pimpin tanganku laksana segala.
Melindungi daku dari murka dunia.
Moga Allah merahmati sentiasa.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Kuat dalam melawan sakit duniamu.
Yakin hikmah bakal diterima dariNya kelak.
Buat daku bangga dalam sebak.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Masih menjaga pantangku ketika dikau terseksa.
Sentiasa pahatkan daku utama bagimu.
Sungguh tindakanmu membahagiakan kehilangan kita.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Masih memikirkan masa depanku dan Aulia.
Ketika hayatmu dihujung waktu.
Buatku kuat menjaga amanah dunia.

Manakan ku cari suami sepertimu.
Biarpun bertugas masih memantauku dirumah.
Selimut disarung, dahi dicium, duit disimpan di dompet, minyak kereta diisi, rumah dikunci selalu.
Sebelum masuk kerja semula ketika daku tidur.





Abang...
Aulia abang dah besar! 😁
Aulia dah tumbuh gigi time umur sebulan.
Aulia suka air macam abang.
Aulia suka menangis pun mcm abg time kecik. Hee
Aulia dah pandai bersembang sekarang abg.
Aulia kulit mcm abg,tp mata muka banyak mcm sayang.
Aulia hanya akan tidur jika dengar ayat Al—Quran.
Aulia suka makan kurma! Kena bagi sebelum bbuka.
Aulia badan mcm syg. Haha. Besaq.
Aulia sayang abang. Hari—hari sayang cerita ttg abg time menyusu Aulia.
Abang jangan risau, Aulia xkan rasa tiada kasih bapa.
Aulia ada tokyah, papawe, daddywish dan ayahdam.

Sayang rindu abang.
Sayang rindu abg suap sayang time makan.
Sayang rindu abg usap kepala sayang bila sayang resah.
Sayang rindu peringatan abg spy solat selalu.
Sayang rindu senyuman abang yang membahgiakan sayang.
Sayang rindu nak tgk cerita blacklist dengan abang.
Sayang rindu masakan abang.
Sayang rindu abang hantar sayang ke kerja.
Sayang rindu semua memori dengan abang.

Terima kasih abang menjadi terbaik buat sayang.
Terima kasih Allah beri suami terbaik buatku.
Terima kasih semua bersama ku hingga kini ☺.

Al—Fatihah Syazniku.



SNABA: Time nak raya ni, rindu arwah sangat. Selalu arwah yang bz cari baju utk yong. Terkadang, lenguh nak tunggu dia pilih baju utk yong ikut taste mata hati dia 😂. Hee... Love u Syazniku 😘

KBA


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Moto yang amat berjasa buat kami berdua 😊


Saat daku mengenali arwah, beliau miliki segalanya.
Namun, Allah mengujinya dan keikhlasan daku.
Alhamdulillah, kami berdua berjaya melalui fasa susah dan senang bersama.
Dari berkereta, kemudian tiada kenderaan.
Miliki wang sedikit, dapat moto secondhand. Itu pun kami berdua syukur dan nampak bertapa arwah gembira ☺.
Hasil penat lelah arwah selama setahun, beliau hadiahkan kereta kepada daku.
Dan kereta itu merupakan memori paling manis slps nikah dan saat mengandung. Hee



Allah uji kesusahan yang bisa digalas.
Hanya perlu kuat lawan malas.
Usaha tanpa culas.
Pasti hasilnya penuh puas.



Sehari belanja sekadar 5 ringgit.
Menyimpan untuk pinang daku.
Alhamdulillah Allah hilangkan rasa sempit.
Hingga mampu hadiahkan kereta dan nikah ku.



Bukan mudah untuk mengubah.
Tapi kesabaran tanpa marah menjadikan ia mudah.
Hati sekeras manapun bisa dimusnah.
Asalkan jangan lupa menyerah pada Allah.



Syukur.
Satu nikmat yang sukar dibuat.
Hasilnya amat dasyat bagi yang beringat.
Maka berusahalah mengubat.
Agar jiwa bertaubat.



Moga abang dilapangkan kubur,
Dikurniakan kesenangan kubur,
Diterangi nur kubur,
Dan nikmat bahagia daku dari mu si penghibur.

Sayang dan Aulia Love u Abi 😘
Al—Fatihah Syazniku.










Thursday, 2 June 2016

Still Qowiy!




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم







Biarpun hati digoncang taufan,
Kau masih betah bertahan,
Tak melatah dek cobaan,
Tak goyah dihentak ujian.


Bila hidup berpaksikan
IMAN


Lantas TENANG itu hadiah dari Tuhan.


Maka, doalah!


Semailah doa dengan yakin,
Laksanakannya secara tulus,
InsyaAllah hasilnya memberangsangkan,
Kerna Tuhan hatinya mulus.


Kita minta untuk kuat,
Allah berikan kita semangat.


Alhamdulillah, moga kita semua sentiasa kuat!



Qowiy LillahiTa'ala
  






SNABA : Daku selalu tanam ayat ini, "Dan kerana Tuhan mu bersabarlah." [Al-Muddatsir, 74: ayat 7].
Jika benar keranaNya, pasti kita tidak akan pernah mengalah saat diuji. Cubalah! (^^,)

Wednesday, 1 June 2016

31.05.2014-31.05.2016 Second Anniversary (^^,)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Happy anniversary habib 😘

Cintaku pada Tuhan adalah kerna daku ciptaanNya.
Dan cintaku terhadap Syazniku adalah perasaan yang diciptaNya.

Sungguh sayang rinduu 😊
Hidup bersamamu merupakan fasa yang paling indah dalam perjalanan hidup ini. Syukur, Allah izinkan kita bersama biarpun seketika. Alhamdulillah.

Moga Allah lapangkan kuburmu, terangi kuburmu, ampuni salah silapmu dan ganjaran pahala setiap kebahagian ku dr mu.
Al—Fatihah. 😍

Dulu berdua, kini berdua.
Syazni Rahim
Afiqah Abdullah
Auliatul Syazni

.......................................................................................................................................................

1st anniversary,
Dapat bunga ros plus kek love dari abang.
2nd anniversary,
Hadiahkan abang ayat-ayat cinta untuk sejahtera di alam sana.



SNABA: Cuti 2 hari sakit mata plus demam, Moga sakit itu merupakan syafaat dari Allah buat pendosa seperti daku :)


Monday, 9 May 2016

05 Mei 1994 - 05 Mei 2016 (22 tahun)


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Muhammad Adib bin Abdullah
AbangWe / PapaWe



Dari kecil mudah dijaga,
Diam tanpa banyak bicara,
Mudah dipatah jika salah,
Memaafi dengan mudah.


Pendamping paling setia dijiwa,
Pendengar paling peka bersama,
Penderma paling pemurah dikala sesak,
Adik paling sabar layan kerenah kakak.


Dia,
Selalu ada dikala daku gundah,
Hulurkan tangan ringankan langkah,
Tidak pernah mengeluh lelah,
Biarpun ku tahu dia lemah.


Sungguh,
Daku syukur dikurniakan adik seperti dia,
Galas tanggungjawab sebagai ketua penuh saksama,
Hormat dan saling membantu sesama kami berlima,
Moga kita semua berjiran di syurga sana.


Allah uji memang ikut kemampuan daku,
Pertama kali arwah di operate daku kaku,
Mujur aturan Allah itu sungguh indah ditanggung bahu,
Angah & Awe cuti untuk khidmat bersama denganku,
Hadirkan adik-adik dikala ribut serbu,
Mengajar daku erti syukur dalam sendu,
Kuat demi insan sekelilingku,
Sabar dalam setiap langkah yang dilalu,
Gembira walau detik masa sepu,
Agar hidup lebih bermakna dihujung waktu,
Bersama insan-insan yang bakal daku rindu.


Hingga kini,
Biarpun daku sudah beranak satu,
Dia masih bertanggungjawab memastikan daku selamat,
Banyak urusan arwah dilaksanakan oleh adikku,
Buat rinduku pada abangmie terubat.


Terima kasih abang...
Memainkan peranan sebagai ketua buat kakak yang lemah,
Sentiasa papah tanpa banyak kata mengguris jiwa,
Melontarkan semangat buat akak terus mara dengan arah,
Pasti abangmie bangga adanya kamu pengganti dia.

PASTI (^^,)





Buat adikku AbangWe....

Akakmu tiada wang beribu untuk dihulur,
Namun doaku tidak pernah luntur,
 Moga sentiasa dalam restu dan hikmah syukur,
Berada dalam pelukan Allah yang subur,
Dan menjadi anak soleh buat ayahumi di kubur.






SNABA :  Rindu kian menyerbu. Moga kita bertemu dan kekal selamanya nanti. (=














Wednesday, 4 May 2016

Auliatul Syazni - 21.04.2016 - HSB - 1.59am


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Wajah Aulia copy paste muka ummi =D. 
Kening je mcm abi tp kening abi pendek. Hee




Salamun An-Nisaa 😊
(Salam sejahtera anak perempuan)

Daku ingin bahagia dalam restu Allah.
Dan moga kamu adalah salah satu kebahagian yang Tuhan restukan.



'AULIATUL SYAZNI'
21.04.2016
1.59am HSB


Syukran Ilahi,
Mentakdirkan Aulia buatku,
Sempurnakan hidup ini,
Sebagai pengganti Syazni ku.


Jika sebelum ini malamku didakap erat,
Selimut disarung kemas,
Kini Aulia tempatku merapat,
Hilangkan rindu yang bernafas.


Sungguh hitungan Allah itu tepat,
Ketika pendirian tersasar,
Allah tiupkan semangat baru sesaat,
Buatkan daku teguh berkobar.


Sebelum ini matlamat ku gagap,
Tidak tetap dalam keputusan,
Lenyap ditiup masalah yang hinggap,
Moga Aulia asbab keteguhan.


                                                                                                                              


Anniversary pertama,
Antara suka dan duka,
Telah disahkan berbadan dua,
Air mata kami berdua terlerai jua.


Gembira suami tidak semanis mana,
Penyakitnya halang nikmat dunia,
Fikirannya bercabang pelbagai perkara,
Berasa dosa pada daku yang redha.


Namun aturan Ilahi lebih mampat,
Nyawanya hanya sekuman,
Diterima khabar penuh hikmat,
Berdua sabar diuji Tuhan.


Rezeki anak Allah tangguhkan,
Doktor sahkan setelah merawat,
Pegang fahaman semuanya kuasa Tuhan,
Senyuman dilempar hilangkan gugat.


Lantas merancang saham sampingan,
Perlu disemai saluran ke akhirat,
Moga Aulia direstukan Tuhan,
Buat kami ketika habis hayat.


                                                                                                                           


Kawan-kawan,


Sebanyak mana kami doa dan ikhtiar sebelum ini, Tuhan masih belum rezekikan kami zuriat.
Eh, tidak perlu beri sebarang respon kasihan kerna sudah lama kami redha dengan ini semua.
Malah kami berdua bersyukur diberi ujian sebegini.
Kerana Allah merancang kesetiaan ku 100% hanya buat suami hingga hujung nyawanya.


Rasanya tidak perlu untuk daku meratapi kehilangan demi kehilangan zuriat kami.
Paling akhir sebelum arwah operate pertama.
Disebabkan itu arwah delay operatenya untuk ku.
Malah arwah yang menjaga sepanjang tempoh berpantang walaupun dia sendiri tidak sihat.
Nikmat bukan? 
Tiada apa yang perlu untuk daku rasa ketidakadilan!
Kerana segalanya telah Allah kurniakan.
- Cinta - Kasih Sayang - Tanggungjawab - Setia - Saling Melengkapi - dll -


Malah arwah selalu remain apabila ketabahan ku diragut mulut-mulut lalat :
'Ingat, kesusahan kita tanda peringatan Tuhan tentang kesenangan yang sedang menunggu kita. 
Cuma kuat dan sabar sahaja. K?'
Walaupun abang x ada sekalipun?
'Ya! Walaupun abang x ada, ingat yang cinta abang sentiasa ada untuk sayang. Ingat.'
InsyaAllah.. Kuat dan Sabar (ulang daku kepada arwah) :'( 
*hujan dalam pelukan suami. hujan untuk kuat menanti pelangi datang*


DAN
Kini kesenangan kami hadir dalam bentuk yang tidak diduga.
Allah anugerahkan Aulia kepada daku dan jua arwah hakikatnya.
Hadir pada masa dan waktu yang tepat.
Moga Allah lindungi kami dan kita semua dalam rahmatNya.



Kawan-kawan,
Daku mohon doa kalian agar segala dipermudahkan.
Moga tiada yang menyusahkan.
Dan membesar dalam kebanggaan daku.
InsyaAllah.
Allahumma amin.


Kawan-kawan,
Anakku Aulia ini bersih.
Malah Auliaku ini istimewa dalam caturan Ilahi.
Maka, berhentilah mengata kerna mungkin esok Allah cabut usia.



                                                                                                                                




Usah rasa hina mahupun sedih jika masih belum dikurniakan zuriat.
Baca dan fahaminya.
Namun awas! Hendaklah berusaha terlebih dahulu.

Moga Rasulullah S.A.W menanti Mohd Syazni dan Siti Nurul Afiqah di pintu syurga.
Serta kalian-kalian yang lain.
Allahumma amin
(^^,)




SNABA : Kerja makin banyak, moga Allah permudahkan. Amin (=

Tuesday, 3 May 2016

Bersangka Baik


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Arwah memang gemar senyum. Dan senyuman yang paling manis dilihat oleh diri ini 
adalah ketika kami sah sebagai suami isteri (=




Jom bersangka baik!
Pasti bahagia milik kita (=


Ada sebab Allah tak beri jodoh lagi.
Ada sebab Allah tak beri zuriat lagi.
Bukan saja-saja.


Allah mahu menguji.

Mungkin Allah ingin melihat sejauh mana kita berusaha dan kebergantungan kita padaNya.

Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan kita.

Mungkin..


Pujuklah hati ; Aku hidup untuk redha Allah.
Matlamat utama adalah syurga Allah.

Sekejap saja di dunia ini.
Bersabarlah sedikit (^^,)


Tak ada jodoh, boleh masuk syurga.
Tak ada anak pun, boleh masuk syurga.


Letakkan Allah di hati.
Yang lain pasti akan berlari.


Menangislah sebentar kerana kau manusia.
Kemudian senyum dan berbahagialah!






SNABA: Moga daku kuat melayari hidup mendatang. Amin ya rabb...




Thursday, 28 April 2016

Merawat Luka


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


 



Sakit dan Luka?

Semua orang ketahui bahawa sakit dan luka adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

Kadang-kadang ada masanya kita sukar untuk melupakan.
Sukar untuk move on daripada perkara perit yang telah berlaku.

Setiap babak dan watak yang datang dalam hidup perlu meninggalkan parut seolah-olah ia takkan hilang dan sering berlegar-legar di fikiran.

Orang sekeliling akan cakap:
'Move on je la'
Redha je la'

Namun bagi kita mungkin tidak semudah kata-kata.
Kerana hanya Allah sahaja yang tahu.

Jadi, di saat ini apa yang perlu kita lakukan adalah mencari penawarnya!

Tidak perlu menghapuskannya dari kotak memori. 
Tapi carilah penawarnya.
Kerana memori itu mendamaikan jika indah, mematangkan jika salah, mengingati jika silap.

Apa penawarnya?
Solat!
Doa!
Baca Al-Quran!
Dan dengar orang membaca Al-Quran!

Tika sedih menyelubungi diri.
Pasti sukar untuk kita meraih khusyuk di dalam solat.
Hakikatnya solat penawar kekusutan.

Apa yang perlu kita lakukan ialah serah segalanya kepada Allah.
Semasa solat, kita anggap bahawa waktu itu hanya perhitungan antara kita dan Allah sahaja.
Tak ada yang lain.
Berserah sebulatnya kepada Allah.
Mohon kekuatan dariNya.

Kemudian, doalah!
Di saat ini pastinya kita mudah menangis.
Jadi janganlah kita menangis kerana dunia.
Tetapi menangislah kerana Allah menguji kita tanda Allah sayangkan kita.
Percayalah, dunia ini tidak layak untuk ditangisi..

Bacalah Al-Quran.
Berusaha untuk membacanya walaupun tergagap.
Apabila hiba, agak sukar kita membaca secara terang, maka bacalah dalam hati.
Kerana ia ubat tenang paling mujarab.

Jika tidak ada kelapangan , dengarlah orang mengaji.
Hayati kesyahduan alunan Al-Quran.
Rasakan getaran kalimahnya.

Hati kita pasti akan kembali mencapai ketenangan dan InsyaAllah akan membuka pintu untuk kita Move On.






SNABA: Lupakanlah seketika. Rawat luka itu dalam sujud padaNya. Lupakan kenangan pilu yang bisa buat hati kembali luka. Tenangkan hatimu dengan mendekati yang Maha Esa.








CikBu dalam Kenangan (=


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



My Cik Bunga


Kehadiranmu menceriakan.
Telatahmu menghiburkan.
Kenakalanmu mendamaikan.
Ketibaanmu mengembirakan.


Kau hadir ketika daku kehilangan.
Setia mendampingi ketika keseorangan.
Bagai permaisuri disayangi insan sekeliling.
Mengingatkan daku kepada suami si pencinta kucing.


Terima kasih Allah.
Menghadirkan CikBu kepada kami.
Biarpun sedetik bersama disisi.
Pasti kenangannya akan sentiasa diingati.


********************************************************************************


Sedih memang baik.
Sekali sekala ia melembutkan hati.
Tanda jiwa yang sensitif.
Bukti hati yang masih peka.

TETAPI
 Merendam roh kita ke dalam kesedihan yang terlalu lama akan mereputkannya!

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Ingatlah bahawa kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Namun mungkin bisa mententeramkan jiwa yang gundah.

MAKA
Perhatikanlah masalah dan bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian sebagai contoh 'kematian', hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada ALLAH di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.




La tahzan, Innallaha Maana (,'')





SNABA: 'Bukannya Allah tidak tahu remuknya hati, Bukannya Dia tidak tahu peritnya diuji, Kerana Dia tahu bahawa kita mampu hadapi' - Ayat yang sentiasa dipositifkan pada diri ini. Moga kawan-kawan semua begitu jua.



















Thursday, 14 April 2016

8 Rahsia dari Surah Al-Kahfi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Cinta Dunia & Takut Mati menjadikan kita seperti Buih di Laut!
Banyak tetapi tidak bererti. (deep)




Kisah dua orang anak yatim yang diceritakan panjang lebar. (^^,)
[ Kitab Fadhail Amal, Bab Fadhilat Solat, m/s:70 ]

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya maut tetapi masih mampu ketawa.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut takdir Allah SWT yang telah ditentukan tetapi ia masih mencintainya.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui segala yang berlaku adalah mengikut takdir tetapi ia masih berdukacita dengan apa yang hilang daripadanya.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa ada perhitungan terhadap dirinya tetapi ia masih menimbun-nimbunkan harta kekayaannya.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui bahawa adanya api neraka jahanam tetapi ia masih berani melakukakn maksiat.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengenal zat Allah SWT tetapi ia mengingatkan sesuatu selain daripada zat Allah SWT.

Aku hairan terhadap sikap manusia mengetahui adanya Syurga tetapi ia maish mencari kemewahan di dunia.

Aku hairan terhadap sikap manusia yang menganggapkan syaitan sebagai musuhnya tetapi ia masih mentaatinya.


Moga kita semua menjalani kehidupan yang dirahmati Allah selalu.
Amin ya rabbi



SNABA : Menghitung hari :) Moga segalanya dalam rahmat Allah! Allahumma amin...