بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kekadang hidup ini kita lebih mahu menggembirakan orang lain.
Puaskan jiwa orang lain biarpun terpaksa korbankan diri sendiri.
Hadap segala kesakitan demi ketenangan orang lain.
Moga ikhlas yang dihulurkan memperolehi keredhaan hati dari Ilahi.
Putus asa dibuang jauh dari diri.
Trauma disekat agar tiada yang sakit.
Benci dihadam demi simpati yang meninggi.
Dengan harapan perjalanan lebih selamat.
Manusia ini.
Hanya kami yang kenal sendiri.
Hidup dengan satu niat dalam hati.
Mengejar kegembiraan abadi.
Hakikatnya kegembiraan itu sukar untuk diimpi.
Entah mengapa kegembiraan makin menjauh membawa diri.
Sudah cuba untuk mendekati.
Malang...ia bagai tiada erti.
Terkilan?
Mungkin ya.
Sedih?
Semestinya.
Trauma?
Sudah belajar untuk maniskan wajah biarpun dusta.
Mengalah bukan beerti daku kalah.
Mengalah bukan bermakna daku akan terus rebah.
Namun daku ambil masa untuk terus bergerak.
Biarpun sekadar merangkak.
Abaikan bisikan jiwa yang dusta.
Hanya ikhlas berjaya diakhir cerita.
Gerak sahaja.
Buang anasir jahat menggasak minda.
SNABA: Ditendang kali ke berapa entah.. Moga Allah bersamaku dan kalian semua sentiasa. Amin :)
No comments:
Post a Comment