Thursday, 26 March 2015

Amalan Sunnah Hari Jumaat

Hari JUMAAT lebih hebat dari Hari RAYA.
:)

Rasulullah S.A.W bersabda,
Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah.


LIMA PERISTIWA ALAM INI
Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa penting:
1) Diciptakannya Adam.
2) Diturunkannya Adam ke bumi.
3) Adam dimatikan pada hari Jumaat.
4) Jumaat terdapat waktu yang dimakbulkan doa (yang baik2 sahaja ea)
5) Berlakunya kiamat.

**Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat
(HR Ahmad)


SAYYIDUL AYYAM
Selalu kita tengok orang wassup or chat Salam Sayyidul Ayyam setiap Jumaat bukan?
Kenapa?
Kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari2 lain.

**"Jumaat dinamakan sebagai Sayyidul Ayyum iaitu penghulu segala hari, sebaik-baik hari"
(Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Jadi disebabkan Jumaat merupakan penghulu segala hari, terdapat beberapa amalan sunnah yang boleh kita lakukan :)
1. Mandi, membersihkan diri, bersugi dan memakai wangian serta mengenakan pakaian yang terbaik
2. Bersegera ke masjid dan meninggal segala urusan lain.
3. Membaca Surah Al-Kahfi BUKAN Surah Yassin pada malam atau siang hari Jumaat.
4. Menuju ke masjid dengan berjalan kaki dan bukan berkenderaan.
5. Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.
6. Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.
7. Mendirikan solat sunat Ba'diyah Jumaat.
8. Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.
9. Paling mudah, berselawat ke atas Nabi SAW



Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
B a r a k A l l a h




SNABA: Program untuk memasak dibatalkan kerana Maktok tak sihat. Jadi akan ke Kedah this weekend. Doakn dipermudahkan segala urusan ye.  







Saturday, 14 March 2015

7 Sunnah Nabi SAW


Tersentak.
Tunduk.
Malu.

Moga kita semua boleh istiqamah dalam melaksanakan sesuatu yang baik.

Jika kita tahu kematian.
Pasti tiada kesalahan dilakukan.
Jika kita tahu pahala kesan.
Kebaikan sahaja akan dikumpul.
Sebagai bekal.
Alam abadi.

7 Sunnah hebat yang boleh kita laksanakan bersama-sama:

Pertama: Tahajjud.
Mulianya mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan kita hampir dengan Allah.

Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Bangun pagi.
Alangkah baik sebelum lihat dunia, baca Al-Quran dahulu
Bacalah Al-Quran biarpun sepotong ayat, 3Qul atau ayat qursi.

Ketiga: Masjid ketika subuh.
Sebelum ke mana, pergilah ke masjid.
Ia pusat keberkatan.
Kerna Allah cari orang beriman untuk memakmurkan masjidNya.

Keempat: Jagalah solat Dhuha.
Kunci segala rezeki adalah solat Dhuha.
Yakinlah.
Kesannya amat dasyat.

Kelima: Sedekahlah setiap hari.
Allah suka orang bersedekah.
Malaikat pula doakan orang yang bersedekah.
Percayalah.
Allah akan balas berlipat kali ganda.

Keenam: Jaga wudukmu.
Allah sayang hambanya yang berwudhu.
Malah Malaikat akan jaga insan tersebut.

Ketujuh: Istighfar sebagai amalan setiap SAAT.
Mudah.
Istighfarlah selalu.
Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
In shaa Allah.

SNABA: Ada kawan tanya, macammana untuk istiqamah dalam memakai tudung. Aku jawab, anggap dirimu tidak berpakaikan tanpa tudung!. Pasti kamu malu. Yang penting, harus takut balasan dariNya. Seksa yang pasti.


GST Talk

GST Talk sebentar tadi di Olympia College.

Segalanya akan naik even kata % akan turun.
Kenapa?
As consumer kita akan tanggung 6%, maka kita kena tahu kenapa?bagaimana? dan sebagainya.
Hak sebagai pengguna bukan.
Duduk diam.
Fikirkan.

Contoh mudah:
1) Harga kereta sebelum ini 10%, tapi akan di selarat kepada 6%.
WAH..makin murah bukan? Tapi ini dasar. Kos tayar?bateri? GST bukan?
Jadi harga kereta akan naik atau turun?
Duduk lagi.
Fikirkan lagi.

Mesti ada yang terfikir. Macam tu better beli kereta second hand lah!
Anda silap.
Kereta second hand juga ada GST,
Eh? kenapa pulak kan? hi hi
GST akan dikira pada keuntungan kereta tersebut.
Maka, masih ada pertambahan nilai disitu as Margin Scheme.
Duduk bersila.
Terus berfikir.

2) Penggunaan mesin ATM.
Bagi sebarang transaction berlainan bank akan dikenakan GST.
Macamana?
Sebelum ini kita kena caj RM1.00 bukan?
Jadi sekarang tambah RM 0.06
Totalnya RM1.06
Jadi, fikir cara terbaik untuk urus kewangan kita.
okey.
Fikir.
Fikir.
Dan baring terus, penat duduk barangkali.

SO, macamana elakkan GST?

**jangan beli barang la. he he he



SNABA: habis talk td, bos belanja makan di Red Rock Hotel.  TQ bos!

Thursday, 12 March 2015

Jodoh itu U.N.I.K

 Pandang lurus. 
Senyum.
Syukur.

Acapkali yang didamba akan bersikap selamba,
Yang tidak terduga pula yang setia.

Insan yang kita yakin jadi goyah.
Insan luar pula jadikan kita bahagia.

Orang yang diimpikan ambil mudah.
Orang luar pula lebih peka sentiasa.

Yang diangankan tak bernoktah dengan perkahwinan.
Yang tak diduga bersanding di sebelah.

ah! itu memang adat dunia.

Kerana Jodoh datang tanpa kita duga.
Sayang muncul tanpa disangka.
Kasih hadir biarpun tidak dibaja.
Cinta bersemi atas paksi yang Esa.

10 tahun bercinta sekalipun jangan dibanggakan.
Belum tentu berakhir dengan pernikahan.
Kerna Allah sebaik-baik perancangan.
Doa dan restu harus dititipkan agar berpanjangan.

Bukan jarak jadi ukuran.
Bukan usia jadi halangan.
Tapi percaya padaNya jadi hitungan.
Agar hidup mewah dengan keberkatan.

Jodoh hadir umpama kilat.
Buat kita gundah dalam keputusan.
Yakinlah pada siapa yang kuat.
Sebagai pelangi dalam kehidupan.

JODOH hak akan digantikan dengan lebih baik menurut versiNya yang tersendiri.
Yakinlah , redhalah dengan aturan ini.
Sebab kebahagian akan terus mewarnai.
Hidup ummat nya yang pasti.


Dia JODOH tidak ku duga. Aturan hebat yang Esa. Alhamdulillah.


SNABA :  Semoga sahabat juga mendapat jodoh yang baik agamanya & mulia akhlaknya. Ameen ya robb..





Wednesday, 11 March 2015

Our First Date!

Ini entri pertama di sini.
Entri pertama kita bersua di sini.

Ini blog pertama aku.
Selepas aku kahwin.
Aku telah jatuh cinta dalam dunia blog.
Blog umpama motivasi diri!

Jadi aku nekad jalin hubungan serius dengan blog.
Aku bahagia barangkali?
Untuk dititip buat masa berganti nanti.
Aku dan blog aku.

Aku mahu jadi akauntan yang dedikasi.
Juga blogger yang bermanfaat.
Moga dua2 aku kecapi.
Untuk lepaskan rindu aku pada dunia ini.

So selamat berkenalan dan membaca!
eh?
heee

B.Y.E



SNABA : Aku guna landasan yang aku mahukan. Namun cacian sila jauhi sama sekali.