Thursday, 26 March 2015

Amalan Sunnah Hari Jumaat

Hari JUMAAT lebih hebat dari Hari RAYA.
:)

Rasulullah S.A.W bersabda,
Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah.


LIMA PERISTIWA ALAM INI
Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa penting:
1) Diciptakannya Adam.
2) Diturunkannya Adam ke bumi.
3) Adam dimatikan pada hari Jumaat.
4) Jumaat terdapat waktu yang dimakbulkan doa (yang baik2 sahaja ea)
5) Berlakunya kiamat.

**Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat
(HR Ahmad)


SAYYIDUL AYYAM
Selalu kita tengok orang wassup or chat Salam Sayyidul Ayyam setiap Jumaat bukan?
Kenapa?
Kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari2 lain.

**"Jumaat dinamakan sebagai Sayyidul Ayyum iaitu penghulu segala hari, sebaik-baik hari"
(Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


Jadi disebabkan Jumaat merupakan penghulu segala hari, terdapat beberapa amalan sunnah yang boleh kita lakukan :)
1. Mandi, membersihkan diri, bersugi dan memakai wangian serta mengenakan pakaian yang terbaik
2. Bersegera ke masjid dan meninggal segala urusan lain.
3. Membaca Surah Al-Kahfi BUKAN Surah Yassin pada malam atau siang hari Jumaat.
4. Menuju ke masjid dengan berjalan kaki dan bukan berkenderaan.
5. Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.
6. Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.
7. Mendirikan solat sunat Ba'diyah Jumaat.
8. Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.
9. Paling mudah, berselawat ke atas Nabi SAW



Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
B a r a k A l l a h




SNABA: Program untuk memasak dibatalkan kerana Maktok tak sihat. Jadi akan ke Kedah this weekend. Doakn dipermudahkan segala urusan ye.  







No comments:

Post a Comment