Saturday, 14 March 2015

7 Sunnah Nabi SAW


Tersentak.
Tunduk.
Malu.

Moga kita semua boleh istiqamah dalam melaksanakan sesuatu yang baik.

Jika kita tahu kematian.
Pasti tiada kesalahan dilakukan.
Jika kita tahu pahala kesan.
Kebaikan sahaja akan dikumpul.
Sebagai bekal.
Alam abadi.

7 Sunnah hebat yang boleh kita laksanakan bersama-sama:

Pertama: Tahajjud.
Mulianya mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan kita hampir dengan Allah.

Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Bangun pagi.
Alangkah baik sebelum lihat dunia, baca Al-Quran dahulu
Bacalah Al-Quran biarpun sepotong ayat, 3Qul atau ayat qursi.

Ketiga: Masjid ketika subuh.
Sebelum ke mana, pergilah ke masjid.
Ia pusat keberkatan.
Kerna Allah cari orang beriman untuk memakmurkan masjidNya.

Keempat: Jagalah solat Dhuha.
Kunci segala rezeki adalah solat Dhuha.
Yakinlah.
Kesannya amat dasyat.

Kelima: Sedekahlah setiap hari.
Allah suka orang bersedekah.
Malaikat pula doakan orang yang bersedekah.
Percayalah.
Allah akan balas berlipat kali ganda.

Keenam: Jaga wudukmu.
Allah sayang hambanya yang berwudhu.
Malah Malaikat akan jaga insan tersebut.

Ketujuh: Istighfar sebagai amalan setiap SAAT.
Mudah.
Istighfarlah selalu.
Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
In shaa Allah.

SNABA: Ada kawan tanya, macammana untuk istiqamah dalam memakai tudung. Aku jawab, anggap dirimu tidak berpakaikan tanpa tudung!. Pasti kamu malu. Yang penting, harus takut balasan dariNya. Seksa yang pasti.


No comments:

Post a Comment