Wednesday, 5 August 2015

PESANAN DARIPADA INSAN BERNAMA SUAMI ;')


Masa awal-awal kahwin, beliau dah pesan, 

Marriage is not just living together but loving together dan perkahwinan itu bukan hanya suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. 
Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda.
Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi.
Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. 
Perkahwinan harus ada konsep takmil wa istikmal iaitu lengkap melengkapi. 
Seorang memberi seorang lagi menerima. 
Terkadang menjadi pemberi, terkadang menjadi penerima. 
Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula. 
Pasti ada masa berkelahi sini sana. 
Tak sependapat itu ini. 
Kena bersikap matang dan rasional sebabnya destinasi perkahwinan harus menuju ke syurga kerana akhirat adalah destinasi utama kerana sesungguhnya kita akan kekal di sana.



Ketika dia rasa dirinya tak layak menjadi isteri untuk lelaki bernama Syazni Rahim ini, lelaki ini dengan slumber menjawap 
‘Tu lah. Nak buat macam mana. Bukan saya yang pilih awak. Tahu siapa yang pilih?’
 Masa tu, sentap habislah! Yelaaa! Bukan gadis pilihan. *lap air mata* 
Dia geleng kepala tanda tidak tahu. 
‘Afiqah Abdullah' yang pilih awak memang bukan saya. Tapi Allah. 
Jadi, mestilah awak yang paling layak paling hebat paling bagus dan paling terbaik untuk diri saya kerana awak pilihan Allah.’ 
Masa tu, air mata mengalir tak terhenti. 
Moga jodoh ini berkekalan hingga mati. 
Hingga ke syurga nanti.
Amin ya Rabbi.


Mungkin daku miliki habib yg tdk betah berkata-kata, tp tingkahlaku mu btku sayu...malah makin sayang! eh? hee..
Syukran Habib :)


2 comments: