Tuesday, 13 October 2015

Setelah Sebulan Tanpa Suami Tercinta :)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


14.09.2015-14.10.2015
Hari ini genap sebulan habib menghadap Ilahi,
Rindu itu sudah semestinya di hati,
Kenangan bersama akan mekar menjadi memori,
Hingga kita berdua bersatu kembali nanti,
Untuk daku kekal sebagai bidadari,
Tanpa ada dinding halangan lagi. 

..................................................................................................................................

Ya.
Yong redha.
Redha bukan bermaksud yong tidak akan menangis, tetapi akan menerima segala yang ditetapkan oleh Ilahi tanpa mempersoalkannya.
Kerana ada insan lain yang lebih hebat ujian Allah berikan.
Jadi, syukurlah.
Kerana Allah sayang, Dia masih memberi peluang yong rasa apa itu nikmat berumahtangga dan suami yang soleh serta keluarga mertua yang baik belaka.
Janji kita pernah merasa bahagianya sebagai suami isteri.
Biarpun seketika. 
Kan? Heee

Pertemuan kami sekadar bos dan kuli,
Tanpa disangka wujud keserasian di hati.
Saling melengkapi dan melindungi antara satu sama lain,
Tanpa dilafaz apa rasa di hati yg sedang bermain.
Perjanjian dibuat oleh dua jiwa.
Apabila iman si jejaka bertambah akan disunting gadis disukainya.
Alhamdulillah, kesungguhan si jejaka disambut baik oleh keluarga,
Lantas 29.12.2013 ditunangkan tanda restu Parit Buntar dan Jitra.
Pernikahan mereka sederhana tapi penuh meriah,
31.05.2014 saksi cinta dilafaz oleh si jejaka di hari bersejarah.
Begitulah pertemuan kami. Biasa sahaja. 
Kerana si jejaka tidak pernah meluahkan rasa cinta sebelum nikah.

Ketika dipakaikan gelang ini, habib cakap buat pertama kalinya
"Mie cintakan Yong sepenuh hati. Terima kasih jadi isteri Mie" ♡ ♡ 


Yong pula pertama kalinya membalas sambil menyarung cincin di jari abang
"Yong terima Abgmie seadanya setulus hati kerana Ilahi"

..................................................................................................................................

Abang…
Selalunya, abanglah alarm yong untuk bangun pagi hari-hari.
Kejutkan tanpa jemu penuh dengan kasih sayang lagi.
Kini yong berdikari seperti sebelum ni kembali.
Bangun pagi berbekalkan alarm teknologi yg abang beli.

Abang…
Tiap kali gaji, abang yang akan bayarkan duit rumah kereta semua,
Duit belanja yong abang akan susun siap di dompet sentiasa,
Sekarang yong dah belajar bayar segala benda,
Walaupun agak blur yong akan perbaikinya.

Abang…
Selama menjadi isteri abang,
Tak pernah isikan minyak kereta lagi,
Kini yong kena buat kembali,
Pasti akan yong rindui walaupun perkara sekecil ini.

Abang…
Kini jika makan yong perlu guna tangan sendiri,
Tiada suapan kasih dari si suami lagi,
Tapi abang jangan risau mahupun susah hati,
Kerana ayahumi dan adik-adik akan jadi mangsa yong slps ini. heee

Abang...
Dulu segala benda abang yang buatkan untuk yong,
Tanpa kata tapi dilaksanakan abang dengan sepenuh hati,
Yong pula akan patuh segala kerana abang lebih mahir dan matang,
Kini yong cuba adaptasi segala perkara yang telah abang beri.

..................................................................................................................................


Inilah arwah suamiku. Jika shopping, segala benda abang yg pilihkan. 
Yong?
Follow je pilihan si suami krn apa pakaian isteri hanya utk suami. hee
Love you Habib! 
Al-Fatihah kekasih hati~


SNABA: Habibku, thn lepas abang yg bacakan doa akhir tahun dan awal tahun selepas kita solat berjemaah. Semalam ayah yang bacakan sama seperti sebelum kita jadi suami isteri. Terima kasih kerana jadi yang terbaik untukku Syazni si cinta hati. Terima kasih kerana menjadi kenangan paling manis walaupun menangis itu wajib. Hee

















6 comments:

  1. Yong...
    ketabahanmu dlm menerima ujian ini bukan sia sia.. yakinlah Allah itu maha adil. Dihijabkan dulu ganjaranNya.
    Yong...
    Ait mata mu itu bukanlah jawspan kepada semua persoalan.Allah maha penyayang .
    DigantikanNya dengan benda di luar jangka.
    Yong....
    Hanya DOA penyambung kasih...
    Damailkanlah habibmu di sana...
    Al Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbi.. :) insyaAllah... kunfayakun ^^,
      syukran atas doa bt habib yong tercinta ya. hee

      Delete
  2. Alfatihah utk sahabat sekelasaku..mohd syazni @mie..semoga Allah s.w.t meletaknye bersama para solihin..from Papa adtec-ku merindui senyuman sahabatku mie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran atas doa buat suami ku syazni :)
      InsyaAllah, amin ya rabbi. Terima kasih pernah menjadi sahabat yg baik bt abgmie~

      Delete