Monday, 18 January 2016

Dayusnya Cinta Itu



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





C i n t a
Manisnya umpama madu.
Pahitnya umpama hempedu.
Kasihnya bagaikan baldu.
Bencinya bagaikan sembilu.


Tertipu kerana Ditipu lantas terus Menipu !
Menipu diri sendiri kononnya konflik ujian cara baru.
Biarkan masalah tergantung dengan harapan cinta seperti dahulu.
Bodohkan diri dan buang waktu dengan insan yang beku.
Walaupun masa depan kelam seribu.


Hey!
Jangan jadi buta ditipu hati yang busuk.
Bangkit lawan segala nafsu syaitan membusut.
Teruskan biarpun di dada penuh rasa muak.
Buka mata seluasnya untuk lihat hakikat.
Kebenaran yang bebaskan kita daripada semak.
Demi gapai kebahagian yang bulat.


...............................................................................................................

10.01.2016  9.00pagi
Mahkamah Syariah Parit Buntar

Pengalaman pertama kali masuk mahkamah. 
Jadi agak risau dan berdebar.
Mulut tak berhenti menyebut : 
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammin bilkhoir."
Syukran adikku Adib yang menjadi peneman setia hingga selesai.


Hari tersebut ada banyak kes dan majoritinya masalah rumahtangga.
Ada yang salahkan wanita, ada yang salahkan lelaki.
Lihat dan dengar sendiri proses perceraian mereka amat menyesakkan dada yong.
Rasa sebak, dan pilu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Lebih tragis apabila kedua-dua pihak mengucapkan,
"Saya tak mahu dia dah Tuan Hakim"
Allah... pilu  (T.T)


Mana keikhlasan ketika perkenalan dahulu?
Mana janji yang ditaburkan dahulu?
Mana cinta yang disemai dahulu?
Mana?
Mana?


Andai sayang, pegangkan.
Andai rindu, eratkan.
Andai cinta, belaikan.
Andai mesra, kasihkan.


Mencari pasangan sejati umpama mencari air di padang pasir.
Sukar namun ia tidak mustahil diperolehi.


Dia ada, namun perit mencari perlu menghadam semampunya.
Dia ada, cuma kau perlu tapis dan tepis sepenuh jiwa.
Dia ada, sampai detik masa pasti Allah makbulkan idaman segala.
Dan dia ada, sedang menanti untuk disambungkan bersama tasbih cinta sejati.


Dalam 1001 itu, pasti ada terselit seseorang yang istimewa.
Mendamaikan hati.
Mencairkan jiwa.
Menggebukan rasa.
Menggenggam cinta.
Membahagiakan dunia.


Jika salah, tegurlah dengan berhikmah.
Jika lemah, bimbinglah ke arah yang mendamaikan jiwa.
Jika gagal, bergandinglah bersama hingga berjaya.
Jika marah, fikirkanlah saat bahagia bersama.




Andai antara kita tiada jodoh...

Halalkan segala kerana itu terbaik buat kedua-duanya.
Jangan berdendam hingga dua keluarga bermasam durjana.
Fikirkan bahawa jodoh hingga saat ini sahaja.
Pasti Allah gantikan yang lebih dari sedia ada.
Perbaiki lompong yang ada untuk bahagia sebagai hamba.
Anggaplah ujian ini mematangkan jiwa.
Sebagai khalifah di muka bumi yang Esa.
Hidup sekadar sementara sebelum mati menjelma.



SNABA: Kain walaupun buruk masih kita basuh dan guna hingga hujung jangka hayatnya. Lap-cuci-keringkan. Lap-cuci-keringkan. Kita? Fikirkan...




















No comments:

Post a Comment