Tuesday, 19 January 2016

Kerinduan Berpanjangan



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





*****Sesungguhnya Cinta itu Hebat *****


Kasih sayang Allah tersangat luas, sangat indah dan begitu mempesonakan untuk dipanjangkan sesama manusia dan dikongsi bersama.


Ketahuilah.
Ketika rasa sayang dan cinta kedua-dua pihak saling tinggi dan berfungsi, itulah syurga dunia!
Yang Allah kurniakan sebelum kurniaan syurga akhirat.


Kawan-kawan,
 Dia mampu buat orang yang lemah menjadi kuat, dan orang yang kuat menjadi lemah.
Sebab hati kita, Dia yang pegang.


Maka,
Belajarlah menjadi insan yang redha dalam mengharungi ujian yang tiba.
Cuba menjadi bahagia, walau terkadang ada duka tercalit di setiap jalan cerita.


Kerana kita tahu, ada cintaNya bersama ujian yang melanda pada kita (^^,)




Kadang kala kita terpaksa menyintai seseorang dari jauh
dan meninggalkan dia di tangan Allah untuk menjaganya.


Setiap terjadi memiliki asbab yang tersendiri.
Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita.
Sama ada kita perlu mengubah hidup dia.
Atau dia yang bakal mengubah hidup kita.


Ketahuilah.
Setiap orang pasti meninggalkan atau ditinggalkan.
Mungkin memang dia yang Allah takdirkan untuk kita, tapi sementara cuma.
Kehadiran yang mendamaikan sebagai teman sejiwa.
Untuk menjadi teman sejati, sahabat, tempat mengadu, bermanja, namun cuma seketika.
Kemudian untuk menjadi pengajaran bagi mendewasakan kita.


Oleh itu,
Kasih sayang tidak mati.
Yang mati itu hanyalah hati.
Walaupun dipisahkan jasad dan nyawa.
Terasa masih segar dijiwa.


Buat teman.
Jadilah seorang isteri yang sentiasa berada di sisi suami.
Pujuk hatinya.
Belai jiwanya.
Setia disisinya.
Kuatkan dirinya.
Damaikan jiwanya.
Di saat dia susah atau senang.

Moga Allah redha kita semua 


Allah tidak pernah menjanjikan,
Langit selalu biru.
Jalan hidup tanpa batu.
Matahari tanpa hujan.
Kebahagiaan tanpa kesedihan.
Tetapi Allah menjanjikan,
Rahmat dalam ujian.
Ganjaran buat kesabaran.
Keteguhan dalam perjuangan.


BarakAllah
Allahumma YA Mujib Ya Wadud Ya Ghaffar






.........................................................................................................................


Ada seorang lelaki mengatakan,
Cinta bukan segalanya indah dan cinta tak mengenal usia.
Malah dia mengajarku bahawa dalam cinta, darjat lelaki tidak pernah lagi tinggi dari wanita.
Dan cinta sejati tidak akan berakhir, tetapi akan kekal ke Syurga.




SNABA: Masih segar soalan pertama yang keluar dari mulut beliau ketika disahkan kanser usus tahap 4. 
"Sayang...kenapa abang selalu diuji?". 
Daku terkedu lantas membalas sambil menggenggam erat tangannya, "Sebab Allah tahu abang mampu...".
"Dan Allah tahu isteri abang juga mampu..."
-Senyum sambil menghadiahkan pelukan, damai-



No comments:

Post a Comment