Monday, 11 January 2016

Memori Berhikmah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Daun-daun ini akan tiba waktunya gugur bersama harapan dan memori pahit bahagia.


Begitu juga manusia.
Semakin hari semakin dijamah masa.
Memori pahit & bahagia kini tersimpan rapi di minda.
Sebagai pengalaman di masa hadapan.


Sedar atau tidak.
Dalam banyak-banyak memori, yang paling terkesan adalah memori pahit.
Yang sebenarnya kini telah menjadi kenangan manis semanisnya. (^^,)


Kerana melalui memori itu.
Kita belajar dan belajar untuk menjadi yang terbaik dan lebih baik dengan restu.


Yakinlah.
Setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik.
Biarlah memori lama itu terus segar di minda kerana hidup harus diteruskan.
Perjuangan kita masih berjalan untuk menjadi "permata" di mata yang Esa.


Bersama harapan untuk mencipta lebih banyak lagi memori hidup sebagai seorang hamba sementara.


Tidak semua yang kita dambakan akan menjadi milik kita.
Apa yang dihajati, muncul pula apa yang kita tidak gemari.


Kita mohon pelangi tapi kita dapat kilat dan petir.
Kita mohon bunga mawar berduri, tapi pokok kaktus yang kita peroleh.
Kita pita seorang teman sejati, tapi musuh yang sering mengelilingi diri.


Ketahuilah.
Setiap yang diatur oleh Allah pasti miliki hikmah di dalamnya.
Kerana setiaap yang kita perolehi itulah yang terbaik aturannya.


Mungkin mata kasar kita masih kabur.
Masih belum nampak hikmah dan nikmat di sebalik aturan-Nya ini.
Namun yakinlah.
Satu detik pasti kita akui nikmat dan indahnya aturan Allah itu.


Kerana itulah yang terbaik 💖



SNABA: Moga kita semua dalam jagaanNya selalu. Amin ya rabb~

No comments:

Post a Comment