بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hargailah setiap detik kita di dunia.
Kerana yang berlalu hanyalah sejarah masa.
Baiki lompong lalu agar masa kini lebih bermakna.
Demi menggapai redha Allah di dunia.
Andai jalan istiqomahmu berpenghalang.
Hadapilah ia dengan senyuman.
Kerana ujian itu tanda Allah sayang.
Melatihmu menjadi hamba yang lebih beriman.
Sabar dan tabahlah.
Kerana di hujung jalan itu nanti, kebahagian sedang menantimu selapangnya.
Hasil kesabaranmu menghadapi mehna dunia.
Biarlah tika ini mujahadahmu penuh dengan kepahitan.
Agar kemanisan itu boleh dirasai di syurga Allah.
Ketahuilah,
Ketika kita mencari redha Allah, Dia berjalan meraih kita.
Agar kemanisan itu boleh dirasai di syurga Allah.
Ketahuilah,
Ketika kita mencari redha Allah, Dia berjalan meraih kita.
Ketika kita berjalan mencari redha Allah, Dia berlari mendapatkan kita.
Allahu... betapa sayangnya Dia terhadap hambanya.
Teruskanlah maintain dalam mengejar redha Allah bersama jiwa-jiwa yang dahagakan JannahNya.
Allahu... betapa sayangnya Dia terhadap hambanya.
Teruskanlah maintain dalam mengejar redha Allah bersama jiwa-jiwa yang dahagakan JannahNya.
SNABA: Doakan apa yang dirancangkan ini dipermudahkan Ilahi. Amin ya rabb :)
No comments:
Post a Comment